KEADILAN Perlis optimis sapu 3 kerusi Parlimen



PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) Perlis optimis tiga kerusi Parlimen dipertandingkan di negeri itu mampu menjadi milik Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya umum (PRU) ke 15 yang akan datang.

Keyakinan itu disuarakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perlis, Amran Kamaruddin dipetik laporan sebuah portal tempatan.

Tegasnya keyakinan itu bukan kosong, ia berdasarkan sokongan rakyat negeri Perlis yang mahu berlaku perubahan.

Rakyat katanya semakin bosan dengan pelbagai kepincangan dalam kepimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehinggakan ramai yang mahukan HARAPAN menerajui kepimpinan negeri maupun Pusat dengan secepat mungkin.

“Tiga kerusi Parlimen iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar mampu dipertahankan dan dirampas dalam PRU yang akan datang.

“Parlimen Kangar telah dimenangi oleh KEADILAN dalam PRU yang lalu dan tidak sukar untuk KEADILAN dan HARAPAN mempertahankannya.

"Dua lagi kerusi Parlimen iaitu Padang Besar dan Arau harus dirampas dalam PRU ke 15," kata Amran.

Beliau turut mensasarkan untuk memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis pada PRU akan datang.

 Rakyat bosan dengan kepincangan K'jaan PN
“Manakala 5 kerusi DUN yang telah ditandingi oleh Bersatu pada PRU yang lalu akan turut dirampas bagi memastikan kesemua 15 kerusi DUN Perlis menjadi milik HARAPAN dalam PRU kali ini,” Kata Ketua Cabang PKR Padang Besar.

Sementara itu tambahnya, kerjasama kuat antara parti dalam HARAPAN harus dipertingkatkan bagi merealisasikan hasrat tersebut.


Post a Comment

0 Comments