PARTI Amanah Negara (AMANAH) mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disertai PAS setelah kemunculan dua klip video iklan raya berkaitan judi.
Menurut ketua Biro Mobilisasi Amanah, Mohd Sany Hamzan berkata, ketika kerajaan PN sering mencanangkan mereka mahu membela Islam di negara ini, video judi raya itu timbul dan tersebar pada Ramadan untuk mengajak penganutnya berjudi.
“Sekarang ini negara kita diperintah oleh kerajaan PN [...] tiada parti DAP dalam kerajaan ini. Yang ada adalah PAS.
“Ini sangat merisaukan dan mendukacitakan kita sebagai orang Islam-Melayu dalam negara kita ini, sebab kerajaan yang ada pada hari ini, dia menyatakan bahawa mereka adalah kerajaan Melayu-Islam yang nak jaga Islam, nak jaga Melayu," kata Adun Taman Templer itu.
Mohd Sany berkata demikian kepada media selepas keluar dari bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul semalam selepas mengiringi Naib Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi untuk membuat laporan polis berhubung penularan dua video berkenaan.
Justeru beliau meminta orang ramai melihat bagaimana sebuah "kerajaan tebuk atap" mahu membela orang Melayu dan Islam tapi gagal mengekang promosi judi.
“Seluruh rakyat Malaysia, lihatlah - inilah kerajaan tebuk atap, kerajaan PN yang dikatakan nak bela Melayu, nak bela Islam tapi judi terus bertambah,” kata Sany lagi.
Sementara itu, Ahmad Zamri dalam laporannya berkata, penyiaran dua video klip berkenaan bukan sahaja mencemarkan kesucian Ramadan serta biadab, malah melanggar peruntukan undang-undang negara khususnya Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Ia juga tegasnya boleh dianggap hasutan kepada orang awam khususnya umat Islam untuk terlibat dalam perjudian dalam talian.
Media sosial sebelum ini kecoh apabila satu klip video lagu raya mengajak umat Islam berjudi pada bulan Ramadan bagi memenuhi keperluan hari raya oleh sebuah syarikat judi tular dalam talian tular sejak Jumaat.
![]() |
Tiada DAP dalam kerajaan tapi judi bercambah |
Sehari selepas itu, satu lagi video kedua berdurasi 2.42 minit pula mula tersebar dipercayai dihasilkan syarikat yang berbeza namun tampil dengan tema sama iaitu suasana menjelang hari raya.
0 Comments