SEORANG Ahli Parlimen mendakwa kuasa yang diberikan kepada Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar untuk menggunakan wang negara tanpa semak dan imbang merupakan pengkhianatan terhadap sistem demokrasi berparlimen yang termaktub dalam perlembagaan.
Ahmad Hassan (Warisan - Papar) yang dipetik laporan FMT mempersoalkan tindakan meluluskan Seksyen 10a dan Seksyen 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang menurutnya tidak perlu.
“Memperkenalkan dua seksyen baru, iaitu Seksyen 10a dan 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 tidak releven kerana ordinan baharu ini juga menggantung perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 dan perenggan 2(2)(b) Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946, yang berkaitan kuasa Dewan Rakyat berhubung soal kewangan.
“Perdana menteri sepatutnya membenarkan sidang Parlimen agar proses semak imbang dapat dilaksanakan dan menghidupkan demokrasi seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia,” katanya melalui satu kenyataan.
Tegasnya lagi, langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu bertentangan dengan perlembagaan dan Akta Darurat kerana membenarkan penggunaan kewangan yang memungkinkan kerajaan membuat keputusan berat sebelah.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar diberi kuasa meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa.
Ini bermakna ketua kerajaan dan ketua kerajaan negeri boleh menambah perbelanjaan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan masing-masing tanpa kelulusan wakil rakyat.
Sebelum ini, sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri yang berhubungan dengan perbelanjaan yang dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan atau Kumpulan Wang Disatukan bagi negeri serta perbelanjaan tambahan, memerlukan suatu Akta atau Enakmen atau ketetapan Dewan Rakyat atau Dewan Undangan negeri (DUN) bagi negeri dan pengeluaran daripada mana-mana Kumpulan Wang itu.
Tindakan kerajaan itu turut dikritik Ketua Pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak ada alasan untuk peraturan darurat baru yang membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri meluluskan perbelanjaan tambahan tanpa pemeriksaan parlimen atau DUN.
BACA: Anwar kritik pindaan benarkan guna dana tanpa kelulusan legislatif
Sementara itu, Ahmad Hassan turut membangkitkan keperluan Parlimen dibuka semula untuk Ahli Parlimen menunaikan amanah rakyat dengan menjalankan proses semak imbang dan memantau sistem pentadbiran negara.
Penggantungan sidang tegasnya telah menyebabkan banyak perkara dijanjikan sebelum ini tidak ditunaikan.
“Ini terbukti dalam janji janji manis kerajaan untuk memberi komputer riba kepada pelajar yang tidak kunjung tiba. Geran Khas Prihatin juga masih dalam keadaan tidak menentu dan terurus, sekali gus menambah luka rakyat.
"Wakil rakyat yang pilih oleh rakyat sepatutnya berhak untuk bersuara. perdana menteri perlu membenarkan Parlimen bersidang, bukannya lari daripada masalah majoriti dalam dewan sekiranya yakin dengan institusi demokrasi yang ada," tegasnya.

![]() |
Sidang penting untuk semak dan imbang |

0 Comments