SEBUAH kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) dilaporkan terputus hubungan ketika menjalani latihan di perairan Bali Utara.
Kapal selam KRI Nanggala-402 buatan Jerman tahun 1978 itu dilaporkan terputus hubungan jam 4.30 pagi semalam di sekitar 96 kilometer di perairan Bali, ketika sedang menjalani latihan torpedo.
Kapa seberat 1,300 tan itu mambawa bersama 53 kru kapal.
Panglima Tentera TNI Hadi Tjahjanto sebelum ini berkata, kapal berkenaan tidak dapat dikesan sejurus selepas diberi kebenaran untuk menyelam.
"Selepas diberikan 'clearance' kami tidak dapat menghubungi mereka (KRI Nanggala-402)," katanya.
![]() |
Terdapat 53 kru dalam kapal |
Sementara itu, Indonesia turut dilapor meminta bantuan Singapura dan Australia yang memiliki kapal penyelamat kapal selam untuk membantu mengesan KRI Nanggala-402.
0 Comments