Guan Eng dakwa K'jaan PN berdepan 'Defisit kepercayaan'


SETIAUSAHA Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran bahawa fokus Perikatan Nasional (PN) terhadap kelangsungan politik mereka telah mewujudkan 'defisit kepercayaan yang teruk' kepada kerajaan.

Bekas Menteri Kewangan itu yang dipetik laporan sebuah portal berkata, defisit kepercayaan itu berpunca dari persepsi berlakunya amalan dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang, kurangnya kepercayaan rakyat terhadap kerajaan  dan ketaksuban “membeli” sokongan politik.

Situasi kurang kepercayaan kepada kerajaan itu jelasnya antara punca utama masalah kewangan kerajaan yang turut memberi impak terhadap usaha pemulihan ekonomi.

Guan Eng yang dipetik laporan portal berkenaan sebelumnya  mengulas kenyataan Mustapa Mohamed bahawa Malaysia bukan satu-satunya negara yang berdepan defisit belanjawan yang besar akibat wabak.

"Menteri ekonomi itu “tidak jujur sepenuhnya” kerana gagal menyebut bahawa negara Asean lain tidak mengalami penurunan penarafan antarabangsa, seperti Malaysia," katanya Ahli Parlimen Bagan itu.

Sementara itu beliau turut membidas dakwaan bahawa beberapa pelajar sebuah kolej matrikulasi di Perak didenda kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Beliau melahirkan rasa sedih apabila pelajar itu dikenakan hukuman tegas namun dalam masa samabeberapa menteri yang melakukan kesalahan serupa dilihat terlepas daripada hukuman.

Kehadiran Muhyiddin di bazar tak diendahkan
“Hanya apabila kerajaan komited untuk menerapkan SOP secara tidak berat sebelah, dan tanpa rasa takut atau pilih kasih, barulah Malaysia dapat berjaya menghentikan lonjakan jangkitan Covid-19 sekarang,” kata beliau dalam kenyataan.

Beberapa pelajar baru-baru ini mendakwa dikenakan denda RM1,500 atas dakwaan melanggar SOP Covid-19.
 
Kejadian dipercayai berlaku di Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng semalam, di mana pegawai kementerian itu sedang menyiasat kes keracunan makanan di kafeteria sebelum mendenda pelajar kerana tidak memakai pelitup muka.

Jabatan kesihatan berkata, mereka sedang menyiasat isu tersebut.

Post a Comment

0 Comments