AHLI PARLIMEN Puchong Gobind Singh Deo sekali lagi menegaskan keperluan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap isu dibangkitkan Ketua Polis Negara (KPN) Abdul Hamid Bador baru-baru ini.
Melalui satu kenyataan peguam itu berkata, siasatan dalaman polis mungkin tidak dapat menangani isu kewujudan kartel dan rasuah yang didedahkan Abdul Hamid.
"Ketua (Pesuruhjaya) SPRM berkata beliau yakin bahawa siasatan dalaman mencukupi.
"Beliau harus fikirkan semula perkara ini dan bertindak tegas dengan mengarahkan siasatan penuh dibawah Akta SPRM dengan segera," kata Gobind.
Pemimpin DAP itu sebelumnya mengulas laporan Straits Times yang memetik Abdul Hamid mengatakan bahawa beberapa bekas pegawai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah membiarkan mereka yang “menolong” penyiasat untuk dilepaskan tanpa didakwa atau ditukarkan jawatan.
Abdul Hamid juga berkata siasatan JIPS sering menemui jalan buntu, yang memyebabkan "tidak ada tindakan diambil" terhadap mereka yang disiasat.
Abdul Hamid merujuk "kartel" dalam pasukan polis sebagai kumpulan pegawai muda PDRM yang ingin menjatuhkannya yang bertujuan untuk menguasai pasukan polis untuk kepentingan peribadi.
![]() |
Gobind ulang gesaan agar SPRM siasat |
BACA: Bekas menteri bidas jawapan Pesuruhjaya SPRM
Katanya, SPRM yakin dengan kemampuan dan kredibiliti PDRM untuk menangani masalah tersebut, dan bahawa Abdul Hamid juga telah menyatakan bahawa masalah itu dapat diselesaikan olehnya.
"Isu ini dapat ditangani oleh polis dan ini adalah masalah tertutup. Jadi saya rasa tidak perlu SPRM campur tangan dalam masalah ini," kata Azam pada 26 Mac.
0 Comments