Bukan semua kerja kebaikan disenangi


RUPANYA tidak semua kerja kebaikan yang dilakukan bagi meringankan beban atau kesusahan orang lain akan disenangi.

Ia terbukti setelah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang menjadi aspirasi ramai orang susulan tindakannya membantu ramai orang sebelum ini akhirnya tampil melahirkan rasa patah hati atas ' kelancangan mulut' orang lain yang mencemuh dan dipersoal bantuan diberikannya sehingga ia dimainkan menjadi isu perkauman dan agama.

Steven menegaskan bahawa membantu rakyat adalah merupakan kewajipan seseorang wakil rakyat dan it tidak seharusnya dipersoalkan.

"Saya seorang wakil rakyat, tugas saya untuk membantu rakyat susah di kawasan saya tanpa mengira kaum dan agama," tegasnya dalam satu perkongsian di Facebook.

Terdahulu, tindakan Steven membantu beberapa individu mencetuskan rasa tidak senang untuk kolumnis akhbar Harakah milik PAS, Kamarul Zaman Yusoff.

Ia bermula apabila Steven menghadiahkan sebuah motosikal untuk seorang remaja Melayu yang bekerja sebagai penghantar makanan. Remaja itu sebelumnya hanya meminjam basikal rakannya untuk menghantar makanan.

BACA:
Semoga jadi Ramadan bermakna untuk Adik Mohamad

Tindakan Steven itu dikongsikan di Facebook dipuji ramai orang dan turut dikongsi pembaca media sosial. susulan itu media tempatan turut berkongsi kisah itu.

Setelah kisah itu tular, Kamarul Zaman Yusoff kemudian memuatnaik satu hantaran di Facebook yang membandingkan tindakan Steven itu dengan seorang Ahli Parlimen PAS yang membuat tindakan hampir serupa namun tidak mendapat 'perhatian' dari rakyat.

Mendakwa kisah Steven telah dipromosikan secara berlebihan, Profesor itu kemudian menggesa orang ramai supaya berhati-hati dengan bantuan diberikan 'orang kristian' kepada orang melayu.

Sementara itu, Steven menyatakan bahawa dia membantu sesama insan tanpa memilih atau membezakan bangsa kerana amanah dipikulnya sebagai seorang Ahli Parlimen.

"Orang yang saya bantu, ada Cina, Melayu, India, bahkan kawan-kawan di Sabah Sarawak sana, tapi saya tak pernah tanya orang yang dibantu itu kaum apa, agama apa, parti politik apa.

"Ada yang kata saya ada agenda agama. Mengapa perlu libatkan agama saya? Bagiku agamaku, bagimu, agamamu.

BACA: Jangan menangis wahai ibu
BACA:
Uncle tak perlu tidur di kaki lima lagi

"Harapan saya ialah, yang Islam jadi Muslim yang lebih baik, yang Kristian jadi Kristian yang lebih baik, yang Buddha jadi Buddha yang lebih baik, yang Hindu jadi Hindu yang lebih baik, kita semua jadi manusia yang lebih baik, nescaya Malaysiaku aman sentosa," katanya.

 Kenapa mahu pecah keharmonian, soal Steven
Sementara itu, Steven mempersoalkan mengapa ada pihak yang mahu memecahbelahkan rakyat Malaysia dengan memupuk sentimen perkauman dan agama

"Mengapa mereka bersungguh-sungguh nak pecah-belahkan rakyat Malaysia? Mengapa perlu api-apikan sentimen kaum dan agama

"Saya tetap akan bantu semua tak kira kaum dan agama. Ini ikrar saya dulu semasa dipilih sebagai wakil rakyat," katanya.
 

Post a Comment

0 Comments