
KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) dikepalai Presiden Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (Bersatu) Mahiaddin Bin Md Yassin dianggap gagal
mengawal penularan wabak Covid-19.
Pandangan itu dinyatakan
bekas Perdana Menteri, Najib Razak melalui hantaran di Facebooknya
sempena genap tempoh tiga bulan negara berdepan perintah kawalan
pergerakan (PKP) 2.0.
“Genap tiga bulan negara sudah melaksanakan darurat dan PKP 2.0 semalam (13 Jan-13 April). Apakah ia berkesan?
"Adakah pelaksanaan darurat berjaya menghentikan penularan Covid-19?,” soalnya.
Najib
turut berkongsikan graf kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt) yang
katanya secara jelas menggambarkan jumlah jangkitan adalah dalam trend
menaik dan bukan seperti diharapkan.
"Kadar kebolehjangkitan
Covid-19 atau Ro/Rt diberi KM juga naik lagi ke 1.09 (di atas paras
neutral 1.00) semalam - iaitu petunjuk bahawa jumlah jangkitan baru
adalah dalam trend menaik.
"Jelas membuktikan bahawa perlaksanaan
darurat tidak berjaya menghentikan penularan Covid dan harapan mencapai
sasaran darurat+PKP2.0 bagi jumlah kes turun ke dua angka pada bulan
Mei semakin malap," kata Ahli Parlimen Pekan itu lagi.
Dalam
pada itu, Najib turut mengkritik kerajaan PN yang dakwanya telah
melakukan kesilapan besar apabila melaksanakan PKP ‘separuh masak’
ketika permulaan PKP 2.0 dulu.
Beliau merujuk kelonggaran kepada kilang, pusat beli-belah dan kedai emas untuk menerukan operasi mereka.
"Adalah kesilapan besar apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) degil untuk melaksanakan PKP yang singkat tapi amat ketat.
"Akibatnya, kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri menjadi tanda tanya besar," kata Najib lagi
Untuk rekod, semalam negara mencatatkan 1,767 kes baharu semalam dengan 16,300 kes aktif dan 12 kematian direkodkan.
![]() |
Najib sifatkan kerajaan 'abah' silap dan degil |
Jumlah itu kebanyakkannya disumbangkan oleh gelombang ketiga yang memuncak sebaik Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah diadakan pada tahun lalu yang menyaksikan kerajaan Warisan ditumbangkan.
0 Comments