PARTI Amanah Negara (Amanah) Perak dilapor berhasrat bertanding di 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Hasrat itu dimaklumkan Timbalan Pengerusinya Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin seperti dilapor Bernama.
Difahamkan kerusi-kerusi berkenaan adalah 12 yang dipertandingkan parti itu sebelum ini dan tambahan lapan lagi kerusi yang telah dikosongkan oleh parti Bersatu.
Sehubungan itu jelas bekas Menteri Besar Perka ke-10 itu, Amanah Perak sedang berbincang dengan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) di negeri itu. `
"Di Perak ada 59 DUN, dan dahulu kita bahagi empat parti kerana ada Bersatu. Sekarang kita ada tiga sahaja kerana Bersatu sudah keluar (dari Pakatan Harapan).
![]() |
Amanah Perak mahu tanding 20 kerusi DUN |
Pada PRU14 lepas, Amanah Perak memenangi dua kerusi Parlimen (Parit Buntar, Lumut) daripada empat kerusi ditandingi selain merebut enam kerusi DUN (Titi Serong, Kamunting, Manjoi, Sungai Rapat, Pasir Panjang, Behrang) daripada 12 kerusi yang ditandingi.
0 Comments