MUHYIDDIN YASSIN digesa menerbitkan laporan mengenai bagaimana negara boleh menyelesaikan program imunisasi Covid-19 kebangsaan menjelang tempoh sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Gesaan itu dibuat pemimpin veteran Lim Kit Siang setelah Malaysia jelasnya berdepan gelombang Covid-19 “terpanjang” di dunia.
Selain laporan itu, Beliau turut menggesa Ahli Parlimen Pagoh itu membentangkan satu lagi laporan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet minggu depan mengenai punca gelombang ketiga Covid-19 dilihat masih lagi belum berjaya dikawal.
“Laporan itu perlu menyatakan mengapa Malaysia berdepan dengan gelombang penularan Covid-19 yang terpanjang di dunia.
“Gelombang ketiga penularan yang bermula di Malaysia pada September lalu akibat pilihan raya negeri (PRN) Sabah masih lagi belum berjaya dikawal sepenuhnya.
"Kita masih belum dapat melihat kadar penurunan dalam julat tiga dan dua angka sehari,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam kenyataan.
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan perlu mencari jalan untuk mempercepat program vaksinasi sehingga dapat disiapkan menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.
“Perhatian khusus perlu diberikan kepada Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, dan Perlis memandangkan kadar pendaftaran (vaksin) di negeri-negeri ini masih pun belum mencapai 20 peratus,” katanya lagi.
Memetik laporan media, Kit Siang turut mendesak agar kedua-dua laporan diterbitkan kepada umum.
Gesaan itu dibuat pemimpin veteran Lim Kit Siang setelah Malaysia jelasnya berdepan gelombang Covid-19 “terpanjang” di dunia.
Selain laporan itu, Beliau turut menggesa Ahli Parlimen Pagoh itu membentangkan satu lagi laporan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet minggu depan mengenai punca gelombang ketiga Covid-19 dilihat masih lagi belum berjaya dikawal.
“Laporan itu perlu menyatakan mengapa Malaysia berdepan dengan gelombang penularan Covid-19 yang terpanjang di dunia.
“Gelombang ketiga penularan yang bermula di Malaysia pada September lalu akibat pilihan raya negeri (PRN) Sabah masih lagi belum berjaya dikawal sepenuhnya.
"Kita masih belum dapat melihat kadar penurunan dalam julat tiga dan dua angka sehari,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam kenyataan.
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan perlu mencari jalan untuk mempercepat program vaksinasi sehingga dapat disiapkan menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.
![]() |
Kit Siang tuntut laporan diterbitkan |

0 Comments