All England: Lee Zii Jia tawan Axelsen dalam saingan sengit


JAGUH
perseorangan lelaki No. 1 negara, Lee Zii Jia mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai kejohanan badminton Seluruh England (All England) semalam.

Pada aksi final di di Utilita Arena Birmingham itu, Zii Jia menewaskan pemain handalan Denmark, Viktor Axelsen dalam saingan lebih sejam.

Beliau diletakkan selaku pemain pilihan ke-6 kejohanan dilihat berjaya mengimbangi cabaran yang dilakukan oleh Axelsen untuk menang set pertama dengan keputusan 30-29.

Pada set kedua, Axelsen yang diletakkan sebagai pemain pilihan ke-2 kejohanan berjaya mempamerkan kebangkitan untuk mengheret saingan ke set penentuan dengan keputusan 22-20.

Bersambung pada set penentuan, Zii Jia yang juga pemain ranking ke-10 dunia tampil lebih cemerlang dan tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan 21-9 yang memakan masa keseluruhan selama satu jam 15 minit.

 Tebus kekalahan tahun lalu
Keputusan tersebut menyaksikan Zii Jia berjaya melunaskan dendam ke atas pemain yang menghuni ranking kedua dunia itu yang menewaskannya pada saingan All England edisi tahun lalu.

Kemenangan Zii Jia juga sekali gus menamatkan kemarau negara yang kali terakhir menjuarai kejohanan All England menerusi Datuk Lee Chong Wei pada edisi 2017.



Post a Comment

0 Comments