Muhyiddin masih tak ada sokongan majoriti - Saifuddin

MUHYIDDIN YASSIN didakwa masih tidak mempunyai majoriti sokongan ahli parlimen walaupun dua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) beralih sokongan dan menyokong kepimpinan Perikatan Nasional (PN).

Dalam kenyataan media semalam, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bahawa Presiden Bersatu itu tidak sepatutnya berusaha untuk mengekalkan kerajaan yang dikepalainya.

"Muhyiddin Yassin perlu sedar bahawa majoriti ahli-ahli Parlimen sudah tidak lagi bersama beliau.

"Beliau sepatutnya tidak lagi berusaha untuk mengekalkan kerajaan yang lemah ini, tetapi meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Kenyataan Saifuddin itu menyusul tindakan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong dan Anggota Parlimen Julau Larry Sng memberikan akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan terhadap kerajaan PN kepada Muhyiddin semalam.

Dengan penyertaan Steven Choong dan Larry Sng itu, jumlah sokongan sebenar Ahli Parlimen kepada Muhyiddin masih tidak jelas.

Sebelum ini tiga anggota Dewan Rakyat Umno masing-masing Ahmad Jazlan Yaakub (Machang), Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Nazri Aziz (Padang Rengas) mengumumkan secara rasmi tidak menyokong Muhyiddin.

 Tak jelas berapa sokongan dimiliki Muhyiddin
Difahamkan juga, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, bekas perdana menteri Najib Abdul Razak dan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak) didakwa sebagai 'tidak mesra' terhadap Muhyiddin walaupun masih tidak menyatakan pendiriannya secara rasmi.


Post a Comment

0 Comments