Helikopter Airbus terhempas di Subang


SEBUAH
helikopter jenis Airbus H125 dilaporkan terhempas di di kawasan kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pagi tadi.

Dalam kejadian itu, juruterbang dan pembantunya yang masing-masing berusia 53 dan 55 tahun cedera manakala tiga penumpang terselamat yang turut berada dalam pesawat udara itu tererselamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu sekitar jam 9.47 pagi.

"Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dengan lima pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.

"Helikopter terbabit terhempas di sebuah kawasan lapang di lapangan terbang berkenaan dan tiada kebakaran berlaku.

"Lima mangsa dalam keadaan stabil dan helikopter berkenaan tidak mengalami kebakaran," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan dalam kejadian itu, seorang mengalami mangsa patah kaki kanan dan cedera di kepala, manakala seorang lagi cedera ringan di bahagian kaki.

 Tiada kemalangan jiwa dilaporkan
"Semua mangsa menerima rawatan awal sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya lagi.



Post a Comment

0 Comments