PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) Sarawak merombak kepimpinan di negeri itu susulan tindakan Larry Sng meletakkan jawatan dan meninggalkan parti KEADILAN untuk menyokong Muhyiddin Yassin.
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dipilih sebagai Pengerusi HARAPAN Sarawak yang baharu dan digandingkan bersama Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo Yu Keng dan Pengerusi Amanah Sarawak, Abang Abdul Halil Abang Naili masing-masing dilantik sebagai Timbalan Pengerusi I dan Timbalan Pengerusi II.
Sebagai rekod, kerusi Timbalan Pengerusi lazimnya dipegang pengerusi KEADILAN negeri.
Kerusi pengerusi KEADILAN di negeri itu kini kosong dan kini dipimpin "majlis penasihat" untuk sementara waktu.
Micheal Teo pada Sabtu berkata, fokus parti itu sekarang adalah memperkukuh bekerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. pemilihan Pengerusi negeri yang baru jelasnya mungkin diadakan setelah PRN diadakan.
Sementara itu, Setiausaha HARAPAN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, Jawatankuasa baharu HARAPAN Sarawak juga dikemaskini bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.
Beberapa biro yang dianggap penting untuk memperjuangkan dan menjaga hak rakyat telah ditubuhkan antaranya Biro Reformasi Tanah dan Biro Perkhidmatan Awam yang masing-masing diketuai oleh Joshua Jabeng dari PKR dan Leon Donald dari DAP.
Dalam perkembangan berkaitan, pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 oleh ketiga-tiga komponen parti Pakatan Harapan (HARAPAN) Sarawak adalah kekal.
Menurut Chieng Jen, bagaimanapun komponen parti itu bersikap terbuka jika terdapat sebarang perubahan dalam pengagihan kerusi tersebut.
![]() |
Fokus hadapi PRN-12 |
"Sudah pasti, dalam masa sama akan ada ubah suai dan perjanjian di sesuatu kawasan," katanya.
Persetujuan berkenaan melibatkan 47 kerusi KEADILAN, 26 kerusi DAP dan sembilan kerusi AMANAH.
0 Comments