SATU laporan polis telah dibuat KEADILAN Cabang Ipoh Barat bagi menafikan dakwaan 300 ahli parti itu meninggalkan parti bagi menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).
Laporan itu dibuat Setiausahanya, Ramesh Roy di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Khamis dakwaan yang menyatakan perkara itu.
Menurut Ramesh Roy, dakwaan tersebut dikemukakan tanpa bukti kukuh dan KEADILAN Cabang Ipoh Barat bimbang berlaku penipuan serta salah guna data peribadi anggota parti tanpa pengetahuan mereka.
"Kita menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terbabit dan kami memandang serius perkara ini memandangkan tiada sebarang bukti dikemukakan bahawa mereka yang keluar itu merupakan ahli KEADILAN.
"Kami menganggap kenyataan media yang dikeluarkan semalam (Rabu) sebagai satu penipuan dan penyalahgunaan media, data peribadi anggota parti yang disalah guna tanpa pengetahuan.
"Jadi laporan polis yang kami buat ini untuk membuat penafian serta mempertahankan maklumat peribadi anggota parti kami agar tidak disalah guna," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Ipoh di sini pada Khamis.
Hadir sama membuat laporan tersebut, Bendahari KEADILAN Cabang Ipoh Barat, Y Selva Kumar dan beberapa pimpinan cabang tersebut.
Mereka turut menegaskan bahawa semakan yang dilakukan mendapati tiada sebarang surat diterima oleh cabang tersebut berkaitan surat peletakan jawatan mahupun surat perlucutan keanggotaan dari parti.
Sementara itu, Ramesh turut mengesahkan individu yang mendakwa mewakili bekas ahli KEADILAN yang menyerahkan borang keahlian Gerakan pada Rabu iaitu Alfaizal Shahul Hamid merupakan bekas anggota parti.
Bagaimanapun tegasnya, keahlian Alfaizal sudah dilucutkan pada 3 Jun lalu bersama tiga lagi ahli KEADILAN Cabang Ipoh Barat.
![]() |
KEADILAN Ipoh Barat buat laporan polis |
Dia turut mengumumkan bahawa 300 lagi bekas ahli KEADILAN Cabang Ipoh Barat akan menyerahkan borang menyertai Gerakan secara berperingkat.
0 Comments