Hanya 26 peratus Melayu Johor sokong PN, kata Menteri Besar


PRESIDEN Parti Pribumi Bersatu Malaysia,  Muhyiddin Yassin didakwa lemah di kawasannya sendiri iaitu di Pagoh.

Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad yang memetik kajian daripada Umno Johor berkata, hanya 26 peratus orang Melayu di negeri itu yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Kalau jeneral berperang esok akan diganggu gugat oleh Umno Pagoh, mudahlah kerja tuan-tuan dan puan-puan untuk menawan negara ini,” katanya pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad seperti dilapor Sinar.

Beliau sementara itu Umno Johor mahukan kepimpinan parti mahu autonomi diberikan kepada negeri berkenaan bagi berdepan dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Biar kami rancang cara mana dan bagaimana untuk kami melemahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Johor ini.

“Ini kerana pengerusinya itu adalah Perdana Menteri yang akan membawa segala bentuk kekuatan dan keupayaan yang ada. Ini untuk memastikan beliau dan partinya berkuasa di negeri Johor,” katanya lagi.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang melabuhkan tirainya pada Ahad menyaksikan tindakan nekad parti itu yang mencapai pendirian untuk memberikan mandat kepada kepimpinan untuk menentukan jeda waktu bagi menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

 Umno Johor mahu berdepan Bersatu dalam PRU
Ia susulan keputusan 'berpatah arang, berkerat rotan' yang dicapai Majlis Tertinggi (MT) UMNO untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 akan datang, yang diluluskan pada perhimpunan ini.

Timbalan Presiden parti itu,  Mohamad Hasan yang menegaskan sekiranya parti memutuskan untuk keluar daripada PN seperti cadangan Badan Perhubungan Umno negeri pada Ogos lalu, semua kepimpinan parti haruslah sebulat suara untuk berbuat demikian.