TIDAK
ada alasan untuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus menggantung
persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah program
suntikan vaksinasi dijalankan.
Ahli Parlimen Pokok Sena, persidangan boleh dijalankan segera setelah semua wakil rakyat diberi vaksin menerusi suntikan kumpulan pertama bermula 26 Feb ini.
“Kalau kerajaan menganggap Ahli Parlimen dan ADUN sebagai barisan hadapan, jadi bulan Mac boleh diadakan sidang Parlimen dan DUN, tidak boleh lagi beri alasan gantung Parlimen,” katanya dipetik laporan media.
Muhyiddin Yassin dalam satu laporan media sebelum ini memberitahu, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menjadi antara penerima vaksin Covid-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Perkara itu dipersetujui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memandangkan Ahli Parlimen dan ADUN biasanya berdamping rapat dengan masyarakat di akar umbi.
Kerajaan dikepalai Muhyiddin sebelum ini dikritik kerana menggantung persidangan Dewan Rakyat dan DUN sepanjang tempoh Darurat dikuatkuasakan.
Ahli Parlimen terutama dari Pembangkang berkata, penggantungan itu membuatkan banyak isu penting membabitkan rakyat terutama ketika negara sedang berperang dengan pendemik Covid-19 tidak dapat dibahaskan.
Malah sesetengah pihak beranggapan ia taktik Muhyiddin menyelamatkan kedudukan setelah didakwa hilang majoriti sokongan dari Ahli Parlimen.
Sementara
itu, Ahli Parlimen Parmatang Pauh Nurul Izzah Anwar yang menganggap
keutamaan pemberian vaksin kepada wakil rakyat sebagai sesuatu yang
perlu memandangkan kumpulan itu juga golongan berisiko tinggi mirip
petugas barisan hadapan.
“Ahli Parlimen dan ADUN boleh dianggap berisiko tinggi berdasarkan kekerapan mereka menyantuni orang ramai. Justeru, pemberian vaksin kepada mereka (dapat) membantu mengawal penyebaran wabak ini kepada orang ramai,” katanya dipetik FMT.
Ahli Parlimen Pokok Sena, persidangan boleh dijalankan segera setelah semua wakil rakyat diberi vaksin menerusi suntikan kumpulan pertama bermula 26 Feb ini.
“Kalau kerajaan menganggap Ahli Parlimen dan ADUN sebagai barisan hadapan, jadi bulan Mac boleh diadakan sidang Parlimen dan DUN, tidak boleh lagi beri alasan gantung Parlimen,” katanya dipetik laporan media.
Muhyiddin Yassin dalam satu laporan media sebelum ini memberitahu, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menjadi antara penerima vaksin Covid-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Perkara itu dipersetujui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memandangkan Ahli Parlimen dan ADUN biasanya berdamping rapat dengan masyarakat di akar umbi.
Kerajaan dikepalai Muhyiddin sebelum ini dikritik kerana menggantung persidangan Dewan Rakyat dan DUN sepanjang tempoh Darurat dikuatkuasakan.
Ahli Parlimen terutama dari Pembangkang berkata, penggantungan itu membuatkan banyak isu penting membabitkan rakyat terutama ketika negara sedang berperang dengan pendemik Covid-19 tidak dapat dibahaskan.
Malah sesetengah pihak beranggapan ia taktik Muhyiddin menyelamatkan kedudukan setelah didakwa hilang majoriti sokongan dari Ahli Parlimen.
![]() |
Tindakan gantungPparlimen dikritik ramai |

0 Comments