MAHKAMAH TINGGI Kuala Lumpur membatalkan saman Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusof terhadap anggota Naib Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusuf Rawa.
Keputusan itu dibuat oleh hakim Mahkamah Tinggi Rozana Ali Yusof ketika prosiding hari ini.
Peguam mewakili Mujahid, Noorazmir Zakaria berkata, anak guamnya telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman yang dikemukakan Kamarul berhubung tulisan bertajuk ‘Disiplin Ilmu Bukan Sentimen Murahan’ ditulis Ahli Parlimen Parit Buntar itu pada Mei 2017.
Kamarul pernah memfailkan saman fitnah terhadap Mujahid pada tahun 2017 atas artikel yang sama dan Kamarul sebelum ini bukan sahaja telah menarik balik tuntutan balasnya, malah telah pun membuat permohonan maaf kepada Mujahid.
"Pada 19 Jun 2017, Mujahid telah pun memfailkan saman fitnah terhadap Kamarul berhubung satu artikel bertajuk ‘Dr Mujahid Antara Kuda Tunggangan DAP Terbaik’.
“Dalam prosiding saman itu, Kamarul turut memfailkan tuntutan balas berhubung tulisan Mujahid bertajuk ‘Disiplin Ilmu Bukan Sentimen Murahan’; iaitu tulisan sama yang dirujuk Kamarul di dalam saman fitnah pada 28 Julai 2020 ini.
“Bagaimanapun, Kamarul telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Mujahid pada 21 November 2018 dan menarik balik tuntutan balasnya itu sebagai penyelesaian akhir dan muktamad,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
![]() |
Kamarul diarah bayar RM5,000 sebagai kos |
Susulan keputusan itu, Noorazmir berkata mahkamah turut memerintahkan Kamarul untuk membayar kos RM5,000 kepada Mujahid.
0 Comments