PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang dilapor telah dikejarkan ke hospital Putrajaya kira-kira 7.50 petang semalam setelah mengalami sesak nafas.
Abdul Hadi yang merupakan Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu bagaimanapun kini berada dalam keadaan stabil dan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.
Dipetik laporan Bernama, Perkara tersebut disahkan Adun Batu Buruk Muhammad Khalil yang juga anak Abdul Hadi melalui laman Facebooknya.
"Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat," katanya.
Difahamkan, Abdul Hadi dibawa ke institut tersebut pada pukul 9.50 malam dengan menggunakan ambulans.
Terdahulu, Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Najib Razak berkongsikan perkembangan itu di laman Facebook mereka.
![]() |
Abdul Hadi pernah jalani pembedahan jantung |
Sebagai rekod pada 2017, Abdul Hadi pernah menjalani pembedahan penggantian injap jantung di IJN.
Institut itu dalam satu kenyataan ketika itu mengesahkan Abdul Hadi mengalami peningkatan simptom disebabkan oleh injap jantung yang bocor.
0 Comments