KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) dikepalai Muhyiddin Yassin sekali lagi dikritik kerana dilihat terumbang-ambing dalam melaksana fungsi asasnya -iaitu mentadbir negara.
Tokoh politik veteran yang juga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata tidak ada keseragaman antara kementerian dalam mengorak hala tuju memerangi wabak Covid-19.
"Rakyat masih belum nampak walau satu contoh pun usaha sama membabitkan pelbagai kementerian dalam memerangi wabak ini – selain kehadiran anggota tentera di sekatan jalanraya,” kata beliau dipetik wawancara bersama portal FMT.
Mengulas lanjut Daim berkata, ketika ini, rakyat merasa terabai oleh kerajaan dalam mengharungi wabak Covid-19.
Ia dapat dilihat dengan jelas dalam dapat dilihat dari kegagalan menyediakan sambungan internet yang stabil dan menangani masalah pembelajaran dari rumah untuk pelajar.
“Mengapa kementerian dan agensi komunikasi dan multimedia tidak duduk bersama Kementerian Pendidikan mencari jalan menyelesaikan masalah sambungan internet untuk pelajar yang dipaksa belajar dalam talian?
“Pelajar merasakan mereka diabaikan oleh kerajaaan, sesungguhnya mereka berhak berasa demikian,” kata Daim.
Sementara itu, beliau turut membangkitkan kelemahan kerajaan dalam menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sehingga menyebabkannya menjadi bercelaru.
Malah segelintir menteri yang tampil bersuara pula jelasnya hanya memburukkan lagi keadaan dengan pengumuman mereka.
“Rakyat berkata mereka keliru, tidak jelas sehingga SOP yang berubah-ubah membawa erti ‘Semua Orang Pening’.
"Orang ramai sudah tidak melekat di depan kaca TV untuk mengikuti sidang media setiap petang.
“Tidak siapa yang ambil tahu mengenai SOP mahupun angka jangkitan atau nama kluster yang tidak membantu (keadaan mereka),” katanya.
Kerajaan juga tambahnya sering membuat keputusan-keputusan yang tidak masuk akal kerana dibuat bukan berpandukan sains.
Perintah pengecualian kuarantin tiga hari untuk menteri yang dikeluarkan Menteri Kesihatan Adham Baba baru-baru ini katanya dilihat seolah-olah hanya memberi kelebihan pada pihak tertentu.
Sementara itu Daim mengingatkan perlu ada dasar yang betul untuk menangani wabak Covid-19 atau negara bakal berdepan bencana ekonomi yang teruk.
"Kalau dasar wabak salah, ekonomi akan sengsara dan tidak akan pulih,” katanya lagi.
Tokoh politik veteran yang juga bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berkata tidak ada keseragaman antara kementerian dalam mengorak hala tuju memerangi wabak Covid-19.
"Rakyat masih belum nampak walau satu contoh pun usaha sama membabitkan pelbagai kementerian dalam memerangi wabak ini – selain kehadiran anggota tentera di sekatan jalanraya,” kata beliau dipetik wawancara bersama portal FMT.
Mengulas lanjut Daim berkata, ketika ini, rakyat merasa terabai oleh kerajaan dalam mengharungi wabak Covid-19.
Ia dapat dilihat dengan jelas dalam dapat dilihat dari kegagalan menyediakan sambungan internet yang stabil dan menangani masalah pembelajaran dari rumah untuk pelajar.
“Mengapa kementerian dan agensi komunikasi dan multimedia tidak duduk bersama Kementerian Pendidikan mencari jalan menyelesaikan masalah sambungan internet untuk pelajar yang dipaksa belajar dalam talian?
“Pelajar merasakan mereka diabaikan oleh kerajaaan, sesungguhnya mereka berhak berasa demikian,” kata Daim.
Sementara itu, beliau turut membangkitkan kelemahan kerajaan dalam menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sehingga menyebabkannya menjadi bercelaru.
Malah segelintir menteri yang tampil bersuara pula jelasnya hanya memburukkan lagi keadaan dengan pengumuman mereka.
“Rakyat berkata mereka keliru, tidak jelas sehingga SOP yang berubah-ubah membawa erti ‘Semua Orang Pening’.
"Orang ramai sudah tidak melekat di depan kaca TV untuk mengikuti sidang media setiap petang.
“Tidak siapa yang ambil tahu mengenai SOP mahupun angka jangkitan atau nama kluster yang tidak membantu (keadaan mereka),” katanya.
Kerajaan juga tambahnya sering membuat keputusan-keputusan yang tidak masuk akal kerana dibuat bukan berpandukan sains.
![]() |
Kementerian tidak bergerak seragam, kata Daim |

0 Comments