AHLI PARLIMEN Johor Bahru Akmal Nasir menggesa kerajaan Perikatan Nasional bersikap telus dan jujur berhubung isu ekonomi negara.
Melalui satu kenyataan, Akmal mendakwa Menteri Kewangan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dilihat memandang enteng terhadap krisis ekonomi yang melanda negara akibat Covid-19.
Kembimbangan itu disuarakannyaselepas Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan pada 11 Feb lalu, mengumumkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia menguncup kepada 5.6 peratus pada tahun 2020 yang lebih tinggi daripada pengurangan unjuran kerajaan sebanyak 4.5 peratus di bawah Belanjawan 2021.
“Ini secara tidak langsung telah menimbulkan persoalan sejauh manakah ketelusan kerajaan dalam memberikan laporan yang jujur dan tepat tentang kondisi semasa ekonomi negara.
“Amat kontradik (bercanggah) apabila unjuran yang kerajaan bentangkan jauh menyimpang dari realiti semasa.
“Kerajaan berterusan mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat tidak perlu bimbang dan ekonomi negara berada di landasan tepat fasa pemulihan,” kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu menerusi satu kenyataan.
Sementara itu tambahnya, ketika kerajaan membuat anggaran KDNK menguncup pada negatif (-) 4.5 peratus, Malaysian Rating Corp Bhd (MARC) telah menyasarkan penguncupan yang lebih besar sekitar negatif (-) 5.7 peratus.
Laporan Sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (Unctad) mendapati pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia pada tahun lalu pula telah menjunam 68 peratus kepada hanya AS$2.5 bilion berbanding tahun sebelumnya.
Ini berdasarkan Fitch Rating yang menurunkan penarafan kredit Malaysia dari A- ke BBB+ yang akan menaikkan kos pinjaman untuk Malaysia, jelasnya.
![]() |
Unjuran kerajaan tersasar dari realiti |
“Usah terpalit dengan permainan politik demi memberi imej baik kepada Perikatan Nasional seperti mengelirukan dan memperdayakan rakyat,” jelasnya sambil mempersoalkan adakah kerajaan akan kehilangan pertumbuhan KDNK yang diunjurkan sebanyak 6.5 hingga 7.5 peratus tahun ini.
0 Comments