SEORANG Ahli Parlimen pembangkang, Dr Xavier Jayakumar menyifatkan seluruh barisan Kabinet pada 2010 bersubahat dalam menutup dakwaan derma kepada Yayasan 1MDB.
Xavier yang merupakan bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli ketika era pentadbiran Pakatan Harapan yang dipetik laporan media berkata, mereka termasuklah perdana menteri semasa Muhyiddin Yassin, Presiden Warisan Shafie Apdal dan beberapa pemimpin Umno termasuk Ahmad Zahid Hamidi.
Tambahnya lagi, keputusan Kabinet pada tahun itu untuk tidak mendedahkan maklumat mengenai dakwaan itu kemungkinan merupakan satu jenayah.
"Ia pastinya menyembunyikan maklumat daripada pihak berkuasa bagi menghalang persoalan atau malah siasatan lanjut oleh agensi berkaitan.
"Persoalan di sini adalah jika keseluruhan Kabinet terlibat dalam menutup bukti satu jenayah...jika begitu mereka perlu memberi penjelasan," katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Pada Rabu lalu, Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Mazidah Abdul Majid dalam keterangannya di mahkamah berkata, Kabinet pada 2010 setuju untuk tidak mendedahkan dakwaan derma daripada kerabat diraja Arab Saudi.
Ia selepas perdana menteri ketika itu, Najib Razak memberitahu Kabinet yang Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan Abdul Aziz Al-Saud tidak mahu derma kepada Yayasan 1MDB diketahui umum.
Mazidah merupakan saksi pendakwaan ke-11 memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah RM2.28 bilion dana 1MDB terhadap Najib.
Memetik laporan sama, bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok juga berkata, Kabinet mempunyai tanggungjawab bersama dan bersubahat membiarkan "derma" itu sebagai rahsia.
"Ya (mereka bersubahat).
"Mereka sedar tentang 'derma' dan setuju agar ia disembunyikan daripada pengetahuan umum dan sistem kerajaan," katanya dipetik.
Difahamkan, Muhyiddin dan Shafie hanya mengkritik Najib pada 2015 apabila dakwaan berkenaan penyelewengan dana 1MDB mula ddiperkatakan secara umum

![]() |
Teresa dakwa ia tindakan khianat |

0 Comments