MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur akan menentukan sama ada isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang dituduh rasuah akan dibebaskan atau dipanggil bagi membela diri pada 18 Febuari ini.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah lisan dari pasukan pendakwaan dan pembelaan pada Rabu.
Rosmah menghadapi tiga tuduhan rasuah atas dakwaan meminta RM187.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.
Ia sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Dia juga dituduh menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta dari Saidi antara 2016 dan 2017.
Sekiranya disabitkan kesalahan, Rosmah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang darpada lima kali ganda jumlah suapan.
Terdahulu, Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan menjelaskan ada bukti bahawa tertuduh telah mengarahkan bekas pembantu Rosmah Rizal Mansor meminta suapan tersebut.
"Terdapat bukti dari PW 21 (merujuk kepada Rizal) bahawa tertuduh mengarahkannya untuk meminta suapan yang dimaksudkan," katanya.
Sementara itu dalam hujah lisan pada Rabu, pasukan pembelaan berkata bahawa Rosmah tidak pernah meminta suapan yang didakwa diterima dalam bentuk wang tunai RM5 juta dan RM1.5 juta dalam dua beg berasingan di kediaman Seri Perdana.
Jagjit mendakwa Saidi yang menawarkan RM6.5 juta sumbangan politik kepada Najib untuk persediaan pilihan raya, setelah diatur olehnya, bekas rakan perniagaannya Rayyan Radzwill Abdullah dan bekas pembantu Rosmah Rizal Mansor.
Dia mendakwa dana itu kemudian diberikan kepada Najib melalui Rosmah.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah lisan dari pasukan pendakwaan dan pembelaan pada Rabu.
Rosmah menghadapi tiga tuduhan rasuah atas dakwaan meminta RM187.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.
Ia sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek solar bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion melalui rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Dia juga dituduh menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta dari Saidi antara 2016 dan 2017.
Sekiranya disabitkan kesalahan, Rosmah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang darpada lima kali ganda jumlah suapan.
![]() |
Berdepan hukuman penjara 20 tahun |

0 Comments