MAJLIS PEGUAM menuntut agar peranan dimainkan seseorang Perdana Menteri dalam pelantikan hakim diminimumkan.
Presidennya Salim Bashir yang dipetik laporan media berkata, langkah itu sesuai dengan pematuhan ketat doktrin pengasingan kuasa.
Katanya, Perkara 122B perlembagaan persekutuan dalam bentuknya sekarang menetapkan bahawa hakim dilantik oleh Agong berdasarkan nasihat perdana menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
Perdana menteri sebagai ketua eksekutif kerajaan diberi kuasa penuh untuk menentukan siapakah yang akan diangkat dan dinaikkan pangkat sebagai hakim dan untuk memegang empat jawatan pentadbiran dalam badan kehakiman.
Justeru bagi menghadkan kuasa perdana menteri beliau berkata, perlembagaan persekutuan perlu dipinda untuk menaik taraf status Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).
“Dari perspektif perlembagaan dan Akta JAC, perdana menteri berhak memutuskan siapakah yang dilantik sebagai hakim,” kata Salim dipetik laporan FMT.
Salim sebelumnya mengulas dakwaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang berkata beliau tidak mencampuri hal ehwal badan kehakiman negara.
Musuh politiknya, Najib Razak bagaimanapun mentertawakan dakwaan Mahathir itu dengan berkata, ia adalah pembohongan terbesar dalam sejarah kehakiman Malaysia.
Salim sementara itu berkata, campur tangan dalam hal ehwal kehakiman boleh berlaku dalam pelbagai bentuk.
![]() |
Perlembaan perlu dipinda untuk hadkan kuasa |
“Beliau mesti menerima mana-mana nama yang diberikan dan dikemukakan kepada Majlis Raja-raja sebelum Agong membuat pelantikan,” katanya.
0 Comments