LAPORAN media yang menyatakan menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat Rina Harun yang berjaya melunaskan hutang berjumlah lebih RM1 juta kepada sebuah syarikat penerbitan filem dan televisyen berpangkalan di Paris menarik perhatian Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Fahmi Fadzil di Facebooknya memetik senarai pengisytiharan aset menteri Kabinet berkenaan bagi 2019 berkata bahawa Rina mengisytiharkan gaji bulanan RM34,004.48 dan aset sebanyak RM72,000.
Secara tidak langung mempertikai kemampuan kewangan Ketua sayap wanita parti Bersatu itu Fahmi berkata, jika tiada perubahan dalam gaji bulanan Rina antara Jun 2018 hingga Feb 2021, keseluruhannya pendapatan diperolehi Ahli Parlimen Titiwangsa itu sepatutnya berjumlah RM1,122,000.
Turut mengambil kira pemotongan gaji dua bulan untuk Tabung Covid-19, Fahmi menganggarkan pendapatan Rina itu sepatutnya hanya RM1,054,000.
“Apapun, tahniah Rina Harun,” katanya dipetik.
Media sbelum ini melaporkan Rina berdepan kemungkinan diisytiharkan bankrap susulan belum menjelaskan hutangnya dengan syarikat syarikat penerbitan program televisyen dan filem yang berpangkalan di Paris mencecah RM1,340,642.02 setakat 17 Nov 2020.
Pernyataan tuntutan terhadap Rina difailkan Sarl Novovision pada 8 Nov 2018 dengan jumlah penuh perlu dilunaskan sebelum 31 Julai 2019.
![]() |
Rina dilapor jelaskan hutang minggu lalu |
Semalam, Peguam Mark Ho Hing Kheong yang mewakili Sarl Novovision dipetik FMT berkata jumlah tepat dihutangkan, yang enggan didedahkannya, telah dilunaskan minggu lalu.
0 Comments