AHLI PARLIMEN Julau Larry Sng menafikan desas desus kononnya beliau akan meletak jawatan sebagai pengerusi KEADILAN Sarawak untuk menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Dipetik laporan FMT Sng berkata, beliau akan terus memimpin parti itu untuk bersedia menghadapi pilihan raya negeri Sarawak ke-12 akan datang.
“Tidak, saya tidak meninggalkan KEADILAN. Saya tiada niat menyertai PSB.
“Jika saya berbuat demikian, saya sendiri akan mengumumkannya atau mengeluarkan kenyataan rasmi,” katanya dipetik laporan itu.
Sng sebelumnya ditanya tentang perkara itu susulan persoalan dibangkitkan seorang Youtuber, Iswardy Morni mengenai apakah Sng meletakkan jawatan sekali lagi.
Persoalan itu dibangkitkan Iswardy di laman media Facebook peribadinya.
Sementara itu, Sng ketika ditanya sama ada parti akan mengambil tindakan terhadap Iswardy yang merupakan ahli parti itu, Sng berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian.
“Saya tidak rasa saya perlu menjawab komennya, apatah lagi beliau bukan pemegang jawatan dalam parti,” katanya.
![]() |
Sng kekal pengerusi interim hadapi PRN |
Alasan diberikannya ketika itu ialah kerana beliau berpandangan lebih baik untuk parti itu jika dipimpin seseorang berbangsa Dayak.
Bagaimanapun, beberapa hari kemudian beliau memutuskan terus menjadi pengerusi interim, selepas pertemuan dengan presiden parti Anwar Ibrahim dan gesaan pemimpin parti itu yang mahu beliau kekal.
0 Comments