KENYATAAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad kononnya tanpa penyertaannya dalam gabungan pembangkang akan menyebabkan gabungan itu tidak dapat menarik undi kaum melayu ditempelak.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dipetik laporan FMT berkata, pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, pengundi Melayu memilih untuk menyokong HARAPAN bukan kerana Mahathir, tetapi kerana kemarahan terhadap pentadbiran Najib Razak dan populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memimpin pembangkang sejak dulu.
Justeru beliau menganggap ugutan terbaru Ahli Parlimen Langkawi itu sebagai bermimpi di siang hari.
“Tun Mahathir berhentilah bermimpi di siang hari. Janganlah membuat dakwaan-dakwaan palsu dan tidak berasas dari segi fakta,” katanya.
Bagi menguatkan hujahnya, Hassan memberi fakta bahawa pada PRU lalu, parti KEADILAN dipimpin Anwar telah memenangi 48 daripada 50 kerusi Parlimen yang ditandingi di Semenanjung, manakala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang ketika itu dipengerusikan Mahathir, hanya menang 13 daripada 52 kerusi.
“KEADILAN menjadi parti terbanyak menang dalam gabungan HARAPAN,” tambah Hassan.
![]() |
HARAPAN menang bukan faktor Mahathir |
Hassan turut menarik perhatian FMT kepada prestasi Bersatu di kawasan luar bandar, di mana Mahathir mendakwa dirinya popular.
“Hampir semua di kawasan majoriti Melayu di luar bandar, calon-calon Bersatu pimpinan Mahathir tewas,” katanya.
0 Comments