PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), DatuK Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa usaha melawan rasuah perlu bermula dari pemimpin negara.
Melalui satu kenyataan, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu berkata, usaha membebaskan negara dari salah laku rasuah memerlukan integriti dan kekuatan.
Setiap institusi di negara ini juga perlu dijamin bebas daripada pengaruh eksekutif dan para pemuka politik.
"Kita mengumumkan pelbagai slogan dalam melawan rasuah, namun kuncinya adalah pada sikap dan iltizam politik kerana jika tidak ia hanya sekadar retorik yang berulang dan memualkan.
"Reformasi institusi harus menjadi tunjang dalam menggendong matlamat ini kerana saat ini impian itu belum terwujud secara nyata," katanya sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa 2020 baru-baru ini.
Bagaimanapun, jelasnya, sehingga kini masih banyak perlu dilakukan di negara ini bagi membanteras rasuah.
Justeru tambahnya reformasi institusi amat penting bagi menjayakan usaha membebaskan negara dari gejala rasuah.
Masih banyak perlu dilakukan, tegas Anwar |
"Marilah bersama kita mengakhiri mimpi buruk ini dengan membetulkan sikap kita terhadap rasuah dan bangunkan bangsa yang bermaruah dan berintegriti," katanya melalui kenyataan itu.
0 Comments