KEADILAN Perak meyelar alasan diberikan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang mendakwa 'terkhilaf' kerana tidak menghadap Sultan Perak selasa lalu.
Ketua Penerangan KEADILAN negeri, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata alasan itu sukar diterima walaupun Razman dan dua lagi Adun Pas telah memohon ampun secara terbuka kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
"Sebagai seorang wakil rakyat dari Perak, kesetiaan kepada raja dan rakyat negeri perlu mengatasi kesetiaan kepada mana-mana organisasi.
"Dah jadi pemimpin takkan tak reti nak faham titah Tuanku, apabila Tuanku dah titah wajib mengadap dan semasa menghadap lah perlu mohon masa dari Tuanku untuk PAS pusat buat keputusan bukan khabar begitu saja.
"Tindakan ingkar titah Tuanku untuk menghadap merupakan biadab, kurang cerdik dan penderhakaan kepada institusi raja. Alasan kekhilafan tidak boleh diterima rakyat. ," katanya dipetik Malaysiakini.
Semalam, Razlan yang juga Adun Gunung Semanggol bersama Mohd Akmal Kamarudin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah) memohon ampun secara terbuka kepada Baginda Sultan kerana membatalkan majlis menghadap di Istana Kinta atas arahan pucuk pimpinan parti.
Perkara itu diberitahu Razman sendiri seperti dilapor banyak media tempatan pada Selasa.
Sementara itu, Arafat yang juga Adun Hulu Kinta mempersoalkan 'keikhlasan' PAS memohon ampun daripada baginda sultan.
"Kalau kita lihat, Razman hanya bertindak (mohon ampun) selepas desas-desus PAS tidak akan dilantik sebagai exco.
"Patut kita lihat, kesungguhan PAS mohon ampun. Bukan segera tetapi hanya selepas khabar angin bahawa mereka tidak disenaraikan.
"Saya harap seharusnya MB baru (Saarani Mohamad) tidak memberi Adun-adun PAS Perak kedudukan exco sebagai pengajaran kepada pemimpin lain," katanya sambil menggesa
Razman meletakkan jawatan sebagai pesuruhjaya PAS Perak bagi menebus 'kekhilafan' itu.

Alasan 'khilaf' tidak masuk akal, tegas Arafat |

0 Comments