SEPASANG suami isteri maut selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah kereta sehingga mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbakar.
Dalam kejadian pada pukul 1 petang di Kilometer 363.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat itu, Mohamad Nazrul Ismail, 41, dilapor rentung di lokasi kejadian manakala isterinya, Norwahidah Ahmad, 34, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Slim River.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha XMax ditunggang mangsa dengan sebuah kereta jenis Toyota Altis.
Siasatan awal mendapati pemandu Toyota Altis dari arah utara menghala ke Johor, telah hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kanan dan terlanggar besi pembahagi tengah, menyebabkannya melintang di tengah jalan.
“Pada masa yang sama, motosikal tersebut tidak sempat mengelak dan terlanggar pintu belakang kiri kereta tersebut. Kedua-dua kenderaan telah terbakar,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat, manakala pemandu kereta, lelaki berusia 40 tahun tidak mengalami kecederaan.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri berkata, dua buah jentera dengan sembilan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1 petang.
Katanya, setibanya di lokasi, didapati api sedang marak dengan terdapat seorang mangsa sedang terbakar.
Dalam kejadian pada pukul 1 petang di Kilometer 363.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat itu, Mohamad Nazrul Ismail, 41, dilapor rentung di lokasi kejadian manakala isterinya, Norwahidah Ahmad, 34, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Slim River.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Yamaha XMax ditunggang mangsa dengan sebuah kereta jenis Toyota Altis.
Siasatan awal mendapati pemandu Toyota Altis dari arah utara menghala ke Johor, telah hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kanan dan terlanggar besi pembahagi tengah, menyebabkannya melintang di tengah jalan.
“Pada masa yang sama, motosikal tersebut tidak sempat mengelak dan terlanggar pintu belakang kiri kereta tersebut. Kedua-dua kenderaan telah terbakar,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat, manakala pemandu kereta, lelaki berusia 40 tahun tidak mengalami kecederaan.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pemandu kereta tidak mengalami kecederaan |

0 Comments