Pemimpin muda parti politik lemas


NAIB Ketua Armada Bersatu Kota Tinggi dilapor lemas di pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Difahamkan, mangsa  Mohd Zulfikrie Buang, 24, dilaporkan tergelincir dari perancah ketika sedang melakukan kerja-kerja membaiki Jeti Tanjung Balau di Bandar Penawar.

Mayat Mohd Zulfikrie ditemukan kira-kira jam 3 petang semalam, dalam anggaran 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Dengan penemuan mayat ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua hari ini (11 Dis) ditamatkan pada 4.15 petang,” kata Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, PPgB Mohd Fadli Ismail dipetik laporan Bernama.

Pagi semalam, pihak bomba memaklumkan operasi SAR mangsa diteruskan selepas operasi pada hari sebelumnya gagal menemui sebarang petunjuk.

Operasi ditumpukan di kawasan pinggir pantai Jeti Nelayan Tanjung Balau, Jeti Challet Tanjung Balau dan Pantai Tanjung Balau dengan dibantu anggota Polis Diraja Malaysia, Angkatan pertahanan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 Mayat Zulfikrie ditemui semalam
Sementara itu, Armada Kota Tinggi mengesahkan kejadian itu dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook mereka.

“ Mohd Zulfikrie Buang yang telah ditemui lemas di Pantai Tanjung Balau, petang tadi. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” menurut kenyataan itu.

 

Post a Comment

0 Comments