Mahkamah tolak saman Abdul Azeez terhadap Guan Eng


AHLI PARLIMEN
  Baling Abdul Azeez Abdul Rahim terpaksa membayar RM50,000 setelah saman difailkannya terhadap seorang pemimpin DAP ditolak.

Dipetik laporan media,  Mahkamah Tinggi George Town menolak permohonan saman Abdul Azeez terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Keputusan tersebut dibacakan oleh Timbalan Pendaftar L Umma Devi di dalam kamar.

Peguam Mohamed Fudhail Ahmad Zulaini yang mewakili Abdul Azeez selaku plaintif serta peguam N Mureli dan Felix Lim yang mewakili Lim selaku defendan turut hadir dalam perbicaraan siang tadi.

Mureli berkata, mahkamah mendapati plaintif (Abdul Azeez) telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap defendan (Guan Eng).

 Azeez gagal buktikan tuntutan
Abdul Azeez  memfailkan saman itu pada Mac 2018 yang mendakwa Lim, bekas Menteri Kewangan, telah mengeluarkan kenyataan fitnah semasa sidang akhbarpada 28 Feb 2018 mengaitkan dia dengan pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai yuran perundingan oleh pemaju projek terowong bawah laut.

Post a Comment

0 Comments