BEKAS Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menganggap Belanjawan 2021 negeri itu yang diluluskan pada Khamis lalu sebagai Perikatan Nasional (PN) menghadapi Pilihan raya Umum ke-15 (PRU15).
Jelasnya, peruntukan berjumlah RM445.86 juta itu tidak banyak menjurus kepada rakyat sebaliknya hanya memberi fokus kepada operasi tertentu yang tidak dijelaskan kerajaan negeri.
Ketua Pembangkang di DUN Melaka itu menyentuh tentang kenaikan peruntukan Pejabat Ketua Menteri kepada RM5 juta berbanding RM3.15 juta ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) mentadbir negeri itu selain peningkatan 74.68 peratus belanjawan yang tidak dijelaskan secara terperinci.
"Bagi kami (HARAPAN), Belanjawan ini tidak realistik kerana ia tidak akan mencapai sasarannya, ia cuma satu bentuk perbelanjaan dan akhirnya Belanjawan itu menjadi defisit.
"Saya juga melihat ada yang tersirat pada Belanjawan ini iaitu ia dirancang dan dibuat bagi tujuan menghadapi Pilihan Raya akan datang.
"Kita boleh jangka kerana saya pun pernah berada di kedudukan Ketua Menteri dan kita boleh lihat daripada RM3 juta, ia naik ke RM5 juta, jadi dari situ kita boleh tahu itu adalah persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya," katanya dalam satu sidang media pada Jumaat.
Dana pembangunan pendidikan Islam
Sementara itu Adly yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil turut menyuarakan rasa kesal kerana peruntukan pembangunan pendidikan Islam turut dikurangkan sebanyak 22 peratus.
Berbanding peruntukan RM14.7 juta tahun lalu, PN jelasnya hanya memperuntukkan RM11.4 juta pada tahun depan.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali yang dipetik satu laporan media berkata, dakwaan Adly bahawa Belanjawan yang diluluskan itu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya hanyalah pandangan peribadi pihak pembangkang dan terpulang kepada mereka untuk menterjemahkannya Adly persoalkan Belanjawan PN
Sulaiman sebaliknya menegaskan limpahan ekonomi dalam Belanjawan negeri hanyalah untuk rakyat semata-mata.
0 Comments