PBT Selangor tak iktiraf wakil dari PeKT

 


KERAJAAN Negeri Selangor tidak akan mengiktiraf mana-mana wakil dari inisiatif Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,  Ng Sze Han berkata, peranan anggota PeKT diperkenalkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibawah Zuraida Kamarudindilihat menyamai fungsi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sedia ada.

"Kerajaan negeri Selangor berpandangan bahawa tiada keperluan melantik PeKT untuk bertindak sebagai perantara antara komuniti dan Kerajaan. Tugas ini telah dipertanggungjawabkan kepada setiap Ahli Majlis," jelas dalam kenyataan media.  

Beliau sementara itu turut menyelar penggunaan nama PBT oleh anggota PeKT yang menurutnya menyalahi peruntukan ditetapkan.

"Kerajaan negeri Selangor turut difahamkan bahawa telah wujud penggunaan nama PBT Negeri Selangor di dalam kepala surat rasmi PeKT.

"Sekiranya perkara ini benar, is merupakan suatu tindakan yang tidak wajar memandangkan PeKT tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PBT Negeri Selangor.

"Oleh yang demikian, ingin dijelaskan bahawa sebarang pelantikan PeKT di Negeri Selangor adalah tidak diiktiraf bagi memastikan tiada percanggahan dengan peranan Ahli Majlis PBT Negeri Selangor yang telah diperuntukkan di bawah Akta 171.

"Sebarang penggunaan nama PBT Negeri Selangor oleh PeKT dalam apa jua bentuk juga adalah tidak dibenarkan dan tidak sah," kata Ng lagi.

Untuk rekod, ahli parlimen pembangkang pada sesi perbahasan Belanjawan 2021 menyatakan berpendapat bahawa PeKT tidak perlu dan menyifatkan ia disusun untuk meneruskan agenda politik Perikatan Nasional di negeri-negeri yang dipimpin oleh pembangkang.

 Peranan PeKT didakwa bercanggah Akta 171
Sebanyak RM8.62 diperuntukan untuk PeKT dari belanjawan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi tahun depan.

Ketua Bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari sebelum ini dilapor media sebagai berkata, PeKT Selangor akan melantik 288 anggota yang akan diambil dari parti PN dengan anggotanya dibayar elaun sebanyak RM2,000 sebulan.

Post a Comment

0 Comments