Desakan tukar Anwar 'usikan nakal' untuk pecahkan HARAPAN


SEORANG
pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan tidak wujud gerakan mendesak Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) melepas jawatan ketua pembangkang.

Ketua pemudanya, Shazni Munir ketika bercakap dalam satu siri dialog anjuran parti itu berkata, desakan itu sekadar "usikan nakal" pihak tertentu yang mahu melihat HARAPAN berpecah.

Isu berkenaan yang kini mewujudkan satu polemik tegasnya tidak pernah timbul dalam gabungan blok pembangkang itu.  

“Hakikatnya dalam HARAPAN langsung tiada kedengaran untuk tukar ketua pembangkang. Anwar sebelum ini yang pernah mengatakan beliau akan berundur sekiranya menjadi liabiliti (kepada HARAPAN).

“Tetapi baik Amanah, DAP dan KEADILAN tidak menyambut saranan tersebut.

"Di peringkat tertinggi tiada polemik siapa harus menjadi ketua pembangkang (menggantikan Anwar),” katanya dalam dialog bertajuk “Kita Bincang: 108 Suara Terkuat Pembangkang?”.

Sebelum ini, segelintir pemimpin dalam parti minoriti pembangkang dilihat cuba mengasak dan meletakkan kesalahan kepada Anwar. Ia susulan kegagalan pembangkang menolak belanjawan 2021.

Untuk rekod, Belanjawan dibentangkan Perikatan Nasional (PN) diluluskan dengan hanya majoriti 3 undi pada bacaaan kali ketiga.

Seorang pemimpiN DAP yang tidak dinamakan semalam menegaskan bahawa kegagalan pembangkang dalam usahanya menolak Belanjawan itu tidak seharusnya diletak dibahu Anwar seorang.
 
Sementara itu Shazni mengajak HARAPAN  terus bergerak kehadapan dan memperkukuhkan kekuatan yang ada menjelang pilihan raya umum akan datang.

 Polimik tukar Anwar tak pernah wujud
Beliau berkata, persediaan harus dilakukan dengan segera kerana Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mungkin akan membubarkan Parlimen pada bila-bila masa.

“Kita tidak tahu rancangan mereka. Jadi apa perancangan HARAPAN? Kita kena sentiasa bersama dan bersedia dengan senario terburuk,” katanya.

Post a Comment

0 Comments