PEMANDU pasukan Mercedes-AMG Petronas, Lewis Hamilton terpaksa menarik diri dari menyertai Grand Prix (GP) Sakhir di Bahrain hujung minggu ini.
Ia selepas juara tujuh kali Formula Satu (F1) itu disahkan dijangkiti Covid-19, lapor agensi berita Sputnik.
Perlumbaan akan berlangsung pada Jumaat hingga Ahad.
"Lewis Hamilton kehilangan peluang sertai Grand Prix Sakhir hujung minggu ini di Bahrain selepas positif Covid-19," memetik Twitter F1.
Sementara itu, pasukannya dalam satu kenyataan di Twitter memaklumkan, Hamilton kini telah diarah menjalani proses kuarantin mengikut garis panduan kesihatan Bahrain serta protokol Covid-19.
Hamilton alami gejala ringan |
Hamilton, pelumba F1 ketiga yang dijangkiti Covid-19 selepas pelumba Mexico, Sergio Perez dan Kanada, Lance Stroll.
0 Comments