DEWAN RAKYAT kecoh hari ini selepas diberitahu berlaku kesilapan dalam pengiraan undian belah bahagi untuk peruntukan Kementerian Kewangan yang dijalankan semalam.
Ia bermula apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon dimaklumkan Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) tersilap pengiraan apabila memasukkan seorang Ahli Parlimen Umno yang tidak hadir dalam senarai menyokong peruntukan kementerian itu di peringkat jawatankuasa.
Difahamkan, Ahli Parlimen itu yang tidak hadir semasa undian itu ialah Nazri Aziz (BN-Padang Rengas)
“Ini menjadikan 106 ahli Parlimen setuju, 95 tidak setuju dan 19 (bukannya 18 orang) tidak hadir dalam undian belah bahagi semalam,” kata Mohd Rashid Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen pembangkang berpandangan, ini tidak patut berlaku kerana kerajaan Perikatan Nasional hanya mempunyai majoriti 2 Ahli Parlimen.
RSN Rayer (HARAPAN-Jelutong) mempertikaikan kredibiliti proses undian kerana “Padang Rengas dimasukkan dalam senarai itu” walaupun beliau tiada berada dalam dewan
Fuziah Salleh (HARAPAN-Kuantan) pula berkata, kesilapan sedemikian tidak patut berlaku disebabkan majoriti tipis kerajaan. Mereka kemudiannya menuntut undian diadakan semula.
Mereka turut menggesa Shabudin dikenakan tindakan tegas termasuk dirujuk ke Jawatankuasa Khas dan Kebebasan Parlimen.
Sementara itu, Shabudin yang diminta memberi penjelasan berkata, beliau tidak berniat menipu Dewan Rakyat.
Shahbudin adalah ahli parlimen Bersatu yang juga adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) merupakan penghitung bagi blok C di Dewan Rakyat.
Kekecohan itu turut menyebabkan Lim Lip Eng (HARAPAN-Kepong) terlepas peluang berbahas kerana kesuntukan masa.
Ia bermula apabila Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon dimaklumkan Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) tersilap pengiraan apabila memasukkan seorang Ahli Parlimen Umno yang tidak hadir dalam senarai menyokong peruntukan kementerian itu di peringkat jawatankuasa.
Difahamkan, Ahli Parlimen itu yang tidak hadir semasa undian itu ialah Nazri Aziz (BN-Padang Rengas)
“Ini menjadikan 106 ahli Parlimen setuju, 95 tidak setuju dan 19 (bukannya 18 orang) tidak hadir dalam undian belah bahagi semalam,” kata Mohd Rashid Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen pembangkang berpandangan, ini tidak patut berlaku kerana kerajaan Perikatan Nasional hanya mempunyai majoriti 2 Ahli Parlimen.
RSN Rayer (HARAPAN-Jelutong) mempertikaikan kredibiliti proses undian kerana “Padang Rengas dimasukkan dalam senarai itu” walaupun beliau tiada berada dalam dewan
Fuziah Salleh (HARAPAN-Kuantan) pula berkata, kesilapan sedemikian tidak patut berlaku disebabkan majoriti tipis kerajaan. Mereka kemudiannya menuntut undian diadakan semula.
Pembangkang mahu tindakan tegas |

0 Comments