SIDANG Dewan Rakyat hari ini kecoh susulan kehadiran tiga ahli parlimen yang memakai pakaian perlindungan diri (PPE).
Sebelumnya, Ahli Parlimen Pembangkang, mempertikai kehadiran Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia; Ahli Parlimen Tenggara, Dr Adham Baba (Menteri Kesihatan) dan Ahli Parlimen Batu, P Parabakaran yang sepatutnya menjalani arahan pemerhatian di rumah (HSO).
Dr Kelvin Yii Lee Wuen (HARAPAN-Bandar Kuching) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 41 mengenai kelonggaran memakai PPE di dalam Dewan Rakyat membabitkan segelintir Ahli Parlimen yang dikenakan arahan HSO.
Beliau mempersoalkan keperluan dan asas untuk mengubah prosedur operasi standard (SOP), semata-mata bagi menjamin kemenangan kerajaan ketika proses pengundian Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa yang kini berbaki lima lagi kementerian.
"Kalau tak yakin menang belanjawan, datang bincang dengan kami untuk dapatkan sokongan, bukan ubah suai SOP," katanya.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun ketika diasak mengenai perkara itu berkata kelonggaran diberikan selepas mendapat kelulusan dan pertimbangan Kementerian Kesihatan (KKM).
Selain itu, katanya, setiap Ahli Parlimen berhak mengundi sekiranya wujud keperluan untuk berbuat demikian.
Susulan jawapan tersebut, sejumlah ahli parlimen pembangkang keluar dewan sebelum undi belah bahagi dibuat bagi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan.
Sementara itu dalam hantaran di Facebooknya, Ahli Parlimen Kuantan, FUziah Salleh turut mempertikai kebenaran diberikan Azhar kepada ketiga-tiga Ahli Parlimen tersebut.
"Speaker izinkan Ahli-Ahli Parlimen yang di dalam kuarantin hadir untuk mengundi dengan memakai PPE.
"Adakah ini bermaksud ...Selepas ini sesiapa di dalam kuarantin boleh gi shopping pakai baju PPE ke? Bagaimana pula kalau dalam kuarantin dan ada keluarga terdekat meninggal? Boleh pakai baju PPE ?"soal Ketua Wanita KEADILAN itu.

Ahli Parlimen pembangkang protes |

0 Comments