SEBUAH pesawat ringan dikendali dua juruterbang warganegara Singapura pendaratan cemas di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) (arah selatan) dekat Sedenak, Johor pagi tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Kapten Chester Voo dipetik laporan Bernama berkata pesawat persendirian yang dikendalikan Premier Air Singapore itu sedang dalam penerbangan dari Senai ke Melaka semasa kejadian.
Kedua-dua juruterbang itu dilapor berada dalam keadaan stabil.
"Menara Kawalan Trafik Udara CAAM Johor menerima panggilan pada 10.40 pagi daripada juruterbang pesawat yang memohon untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru oleh kerana menghadapi masalah teknikal," katanya dalam kenyataan.
Voo berkata pesawat ringan jenis Beechcraft Model 35 Bonanza itu telah dipindahkan ke lokasi yang tidak menghalang lalu lintas di lebuh raya.Pesawat mengalami masalah teknikal
Menurutnya pasukan mencari dan menyelamat telah menyelesaikan semua tugas-tugas yang diperlukan dan siasatan akan dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan.
0 Comments