Peruntukan RM85.5 juta: Hannah Yeoh bidas kenyataan menteri


MENTERI  Komunikasi dan Multimedia  (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah dikritik kerana kenyataanya yang mendakwa tidak tahu menahu tentang peruntukan RM85.5 juta Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang dibentangkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Bekas seorang menteri era Pakatan Harapan, Hannah Yeoh secara sinis berkata, Saifuddin terlalu sibuk sehingga tidak sempat menyemak peruntukan untuk kementerian sendiri, pada masa sama masih ada masa mengendalikan program kementerian lain.

“Menteri terlalu sibuk untuk semak bajet kementerian sendiri? Tapi ada masa untuk jadi moderator program (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) (Datuk Seri) Rina Harun,” soal bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat  di Twitter.

Portal The Malaysian Insight yang memetik sumber mendakwa walaupun Saifuddin tahu agensi berkenaan - yang dikenali gigih menyebarkan propaganda kerajaan BN sebelum ini - akan dihidupkan, Saifuddin dikatakan tidak tahu jumlah yang disediakan.


Hannah secara sinis kritik Saifuddin
Malah portal itu berkata, Saifuddin, tidak pernah meminta jumlah sedemikian dari Putrajaya.

Sementara itu, timbalan menteri KKMM Zahidi Zainul Abidin dipetik laporan sama berkata, jumlah itu adalah berdasarkan persetujuan selepas diadakan perbincangan bersama antara beberapa pihak termasuk  pegawai yang menubuhkan Jasa sebelum ini.

Untuk rekod, cadangan kerajaan menghidupkan semula Jasa dengan peruntukan RM85.5 juta dikritik ramai.

Bekas perdana menteri era Barisan Nasional (BN), Najib Razak turut memberi amaran bahawa tindakan itu tidak boleh diterima dan hanya akan mengundang kemarahan ramai.

Sebagai perbandingan, pentadbiran Muhyiddin Yassin hanya memperuntukan RM29 juta untuk institusi pendidikan agama seperti pusat tahfiz dan sekolah pondok pada tahun ini berbanding RM100 juta yang diberikan Pakatan Harapan (HARAPN) pada era pemerintahanya.

Post a Comment

0 Comments