MENTERI BESAR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun membuat saranan agar syarikat pengilangan mengurangkan bilangan pekerja asing yang tinggal di tempat tinggal disediakan syarikat.
Bercakap dalam satu sidang selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri baru-baru ini, Aminuddin berkata, ia sebagai satu usaha membendung penularan koronavirus (Covid-19) di negeri itu.
Malah kerajaan negeri jelasnya telah memulakan perbincangan dengan pihak syarikat atau kilang supaya dapat menambah baik perkara itu terutama di kawasan yang mempunyai kes Covid-19.
"Kita tidak nafikan banyak kes di Negeri Sembilan melibatkan syarikat yang mempunyai pekerja asing yang ramai yang mana mereka ini tinggal di satu rumah.
"Kita telah berbincang bahawa perlu ada selepas ini satu kawalan dan bilangan mereka yang menghuni dalam satu rumah dijadikan asrama. Kita tidak mahu terlalu ramai yang bilangannya tidak terkawal," katanya.
Setakat Rabu, sebanyak 2,679 kes Covid-19 telah dikesan di negeri itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan, daripada jumlah tersebut, 1,706 kes telah sembuh dan discaj, 965 kes yang masih menerima rawatan di wad dan lapan kes telah meninggal dunia.
Seremban dan Port Dickson kini dimasukkan dalam kawasan merah, manakala Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Rembau berada di bawah Zon Kuning dengan daerah tampin masih kekal sebagai Zon Hijau
Sementara itu menurut Aminuddin, sekiranya ada pekerja yang perlu menjalani kuarantin di asrama atau tempat tinggal mereka, ia perlulah diminimumkan atau sebahagiannya dikuarantin di luar yang kosnya perlu ditanggung majikan.
"Itu yang kita bagi pilihan kepada majikan. Kalau dapat kurangkan jumlah yang tinggal dalam rumah atau asrama pekerja ia jadi lebih mudah untuk kita kawal kawasan itu.
"Sebagai contoh, jika dalam rumah ada 20 orang, kita minta 10 orang lagi kuarantin di luar yang kosnya ditanggung syarikat. Itu yang kita tengah berbincang dengan pihak pengurusan syarikat," katanya lagi.
Beliau turut menekankan supaya pemilihan lokasi rumah atau tempat yang mahu dijadikan asrama perlu diberi perhatian supaya tidak mendatangkan masalah kepada penduduk tempatan.
Bercakap dalam satu sidang selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri baru-baru ini, Aminuddin berkata, ia sebagai satu usaha membendung penularan koronavirus (Covid-19) di negeri itu.
Malah kerajaan negeri jelasnya telah memulakan perbincangan dengan pihak syarikat atau kilang supaya dapat menambah baik perkara itu terutama di kawasan yang mempunyai kes Covid-19.
"Kita tidak nafikan banyak kes di Negeri Sembilan melibatkan syarikat yang mempunyai pekerja asing yang ramai yang mana mereka ini tinggal di satu rumah.
"Kita telah berbincang bahawa perlu ada selepas ini satu kawalan dan bilangan mereka yang menghuni dalam satu rumah dijadikan asrama. Kita tidak mahu terlalu ramai yang bilangannya tidak terkawal," katanya.
Setakat Rabu, sebanyak 2,679 kes Covid-19 telah dikesan di negeri itu.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan, daripada jumlah tersebut, 1,706 kes telah sembuh dan discaj, 965 kes yang masih menerima rawatan di wad dan lapan kes telah meninggal dunia.
Seremban dan Port Dickson kini dimasukkan dalam kawasan merah, manakala Jelebu, Jempol, Kuala Pilah dan Rembau berada di bawah Zon Kuning dengan daerah tampin masih kekal sebagai Zon Hijau
Sementara itu menurut Aminuddin, sekiranya ada pekerja yang perlu menjalani kuarantin di asrama atau tempat tinggal mereka, ia perlulah diminimumkan atau sebahagiannya dikuarantin di luar yang kosnya perlu ditanggung majikan.
Bincang hadkan penghuni asrama |

0 Comments