BEKAS Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim meninggal dilapor meninggal dunia awal pagi Rabu.
Difahamkan, Mokhtar, 68, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.10 pagi di sebuah hospital di Ampang, Kuala Lumpur.
Berita kematian bekas Ahli Parlimen Tampin itu disahkan isteri dan anak-anak Allahyarham melalui mesej di aplikasi WhatsApp.
Allahyarham aktif berpolitik pada tahun 80-an pernah menggemparkan negara kerana membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan yang juga Adun Gemenheh, Datuk Mohamad Taha Talib. Motif pembunuhan itu ialah saingan politik.
![]() |
Mokhtar meninggal pada usia 68 tahun |
Bagaimanapun, hukuman tersebut diubah kepada penjara seumur hidup dan dibebas pada 10 Julai 1991 selepas mendapat pengampunan diraja.
0 Comments