SPEAKER Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun terpaksa akur dengan desakan agar semua Ahli Parlimen dibenarkan masuk ke dalam dewan bai mendengar pembentangan Belanjawan 2021
Sebelumnya, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar Azhar mempertimbang semula keputusan untuk menghadkan jumlah ahli Parlimen untuk masuk ke Dewan Rakyat dan membenarkan ahli-ahli Parlimen sudah hadir mengikuti pembentangan itu.
"Ini sesi yang penting, khusus untuk mendengar ucapan belanjawan menteri kewangan.
"Semalam kita semua boleh bersidang, dengan jangka waktu lebih panjang.
“Saya mohon pertimbangan kelulusan Yang Dipertua menangguhkan lima minit untuk mereka masuk Dewan,” katanya sambil disambut sorakan Ahli Parlimen dari pembangkang dan kerajaan.
Saranan Anwar itu turut mendapat sokongan dari beberapa Ahli Parlimen Umno, Bung Mokhtar Radin (Umno-Kinabatangan) mencelah dan berkata, belanjawan adalah terpenting dan sekatan yang dilakukan ketika ini seolah-olah negara sedang dilanda musibah besar.
Sebelum itu, Azhar berkata keputusan untuk hanya membenarkan 80 ahli Parlimen berada dalam Dewan Rakyat untuk pembentangan belanjawan itu sudah dipersetujui oleh ketua-ketua whip beberapa hari lalu.
Noh Omar (BN-Kuala Selangor) kemudian bangkit menegaskan tidak salah membenarkan wakil rakyat memasuki Dewan Rakyat selama 2 jam untuk mengikuti pembentangan Belanjawan 2021.
Tegasnya, tindakan melarang wakil rakyat memasuki Dewan Rakyat “bertentangan dengan prinsip demokrasi”.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan bangkit menentang permintaan itu.
Menurutnya, Keputusan mengehadkan jumlah Ahli Parlimen dalam dewan yang diusulkan olehnya itu telah dipersetujui dan ia memerlukan satu usul baru dibuat bagi membenarkan semua Ahli Parlimen masuk mendengar perbahasan itu.
Bagaimanapun, Lim Guan Eng (HARAPAN-Bagan) bangkit sekali lagi memohon agar ahli-ahli Parlimen dibenarkan masuk segera untuk satu hari ini sahaja bagi memberi peluang mendengar perbahasan Belanjawan 2021.
Akhirnya Azhar mengalah dengan menangguhkan Dewan selama lima minit dan membenarkan ahli-ahli Parlimen yang lain memasuki Dewan.
Sebelumnya, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar Azhar mempertimbang semula keputusan untuk menghadkan jumlah ahli Parlimen untuk masuk ke Dewan Rakyat dan membenarkan ahli-ahli Parlimen sudah hadir mengikuti pembentangan itu.
"Ini sesi yang penting, khusus untuk mendengar ucapan belanjawan menteri kewangan.
"Semalam kita semua boleh bersidang, dengan jangka waktu lebih panjang.
“Saya mohon pertimbangan kelulusan Yang Dipertua menangguhkan lima minit untuk mereka masuk Dewan,” katanya sambil disambut sorakan Ahli Parlimen dari pembangkang dan kerajaan.
Saranan Anwar itu turut mendapat sokongan dari beberapa Ahli Parlimen Umno, Bung Mokhtar Radin (Umno-Kinabatangan) mencelah dan berkata, belanjawan adalah terpenting dan sekatan yang dilakukan ketika ini seolah-olah negara sedang dilanda musibah besar.
Sebelum itu, Azhar berkata keputusan untuk hanya membenarkan 80 ahli Parlimen berada dalam Dewan Rakyat untuk pembentangan belanjawan itu sudah dipersetujui oleh ketua-ketua whip beberapa hari lalu.
Anwar gesa Ahli Parlimen dibenar masuk dewan |

0 Comments