Ahli parlimen dakwa K'jaan PN kejam pada Pulau Pinang


PENTADBIRAN Muhyiddin Yassin dikritik kerana didakwa membatalkan jaminan pinjaman bernilai RM2 bilion untuk projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim melalui satu kenyataan berkata, dalam Belanjawan 2021, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperuntukkan RM15 bilion untuk beberapa projek berkaitan pengangkutan di Sabah, Sarawak, Johor dan Lembah Klang.

“Selain itu, turut diumumkan baru-baru ini bahawa kerajaan persekutuan akan membangunkan sistem monorel di Putrajaya dan membiayai projek sistem transit bernilai RM6 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

“Manakala projek pengangkutan bernilai berbilion ringgit dibiayai
oleh kerajaan PN di negeri lain, jaminan pinjaman Pulau Pinang malangnya dibatalkan.

“Ia dibuat walaupun Pulau Pinang merupakan penyumbang cukai kedua terbesar di negara ini.” tegasnya.

Steven Sim kritik tindakan Putrajaya


Langkah  membatalkan jaminan pinjaman itu tambah Sim adalah “mengecewakan dan merupakan tindakan balas dendam politik yang keji” terhadap negeri dan rakyat negeri itu terutama tinjauan mendapati 97.7% penduduk Pulau Pinang mahukan LRT.


Sehubungan itu, Sim menggesa kerajaan supaya mengembalikan semula jaminan pinjaman atau membiayai projek LRT Pulau Pinang sepenuhnya.

Post a Comment

0 Comments