ADUN Bugaya meninggal dunia


AHLI
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Manis Muka Mohd Darah, 65, meninggal dunia di Hospital Gleneagles di Kota Kinabalu, hari ini.

Berita kematian Allahyarhaman disahkan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Jaujan Sambakong.

"Jenazah Allahyarham sedang diuruskan untuk disembahyangkan di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu sebelum dijangka dibawa pulang ke Semporna hari ini juga," katanya dipetik.

Difahamkan, Allahyarhaman dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital tersebut malam tadi kerana masalah buah pinggang.
 
Manis Muka, yang juga Ketua Wanita WARISAN Semporna mempertahankan kerusi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Manis meninggal pada usia 65 tahun
Dia mengalahkan enam calon lain termasuk calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Daud Tampokong dengan kelebihan 6,005 undi majoriti berbanding Daud yang sekadar mendapat 2,552 undi.

Allahyarhaman mula aktif dalam politik sejak 1985 dan pernah memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Semporna, sebelum menyertai WARISAN.

Sebelum krisis politik di Sabah, Manis pernah mendedahkan didatangi ejen menawarkan pelbagai tawaran ‘hebat’ termasuk jawatan dalam kerajaan negeri sekiranyadia  bersetuju meninggalkan WARISAN.
 

Post a Comment

0 Comments