TIMBALAN Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin sekali lagi dikritik susulan kenyataannya.
Ahli Parlimen Padang Besar itu yang sebelum ini dikecam ramai susulan serangannya terhadap sorang pelajar UMS, Veveonah Mosibin yang dakwanya sebagai penipubagi mendapatkan jumlah tontonan ramai untuk saluran Youtubenya kali ini menyalahkan rakyat atas kemelut politik yang melanda negara.
Pengerusi KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kenyataan pemimpin Umno itu adalah tidak bertangungjawab dan memalukan dan dia digesa berhenti dari terus menyalahkan rakyat.
“Saya yakin rakyat tidak lupa gelagat Zahidi berdepan isu terkait (pelajar Universiti Malaysia Sabah) Veveonah Mosibin. Saya juga yakin rakyat tidak lupa kenyataan beliau untuk mengusahakan internet percuma di institusi pengajian tinggi sedangkan kebanyakan IPT sudah ada kemudahan ini.
“Dengan pelbagai kenyataan, peristiwa dan usaha acuh tidak acuh sebagai timbalan menteri komunikasi dan multimedia, adakah beliau berhak meletakkan keadaan sekarang atas bahu rakyat?
“Rakyat melaksanakan amanah membuang undi untuk mengangkat demokrasi tidak salah. Kerajaan yang hanya bermain politik, tidak serius mengambil berat isu terkait rakyat dan meletakkan kesalahan pada pihak lain, inilah yang bersalah dan tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Zahidi dilaporkan berkata, kemelut politik negara ketika ini disebabkan kesilapan rakyat mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum 2018.Zahidi digesa berhenti salahkan orang lain
September lalu, Zahidi yang dikecam ramai susulan 'serangannya' terhadap Veveonah berkata beliau mendapat maklumat tidak tepat ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Negara.
0 Comments