KENYATAAN Presiden Perancis Emmanuel Macron berhubung kenyataan yang tidak sensitif terhadap Islam diselar Ketua Pembangkang, DatuK Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan, Anwar menegaskan kenyataan Macron bahawa Islam sedang menghadapi krisis di seluruh dunia telah menyinggung perasan umat Islam dan kenyataan itu tidak masuk akal.
“Dengan mengembangkan diagnosis yang munasabah terhadap kelompok pinggiran radikal untuk membabitkan bukan sahaja komuniti umat Islam di seluruh dunia tetapi juga sifat Islam adalah jijik dan jahil,” katanya dipetik kenyataan.
Minggu lalu, Macron membuat kenyataan tersebut sebagai respons kepada pembunuhan seorang guru, Samuel Paty, di luar sekolahnya yang terletak di pinggir bandar Paris awal bulan ini.
Paty sebelumnya menunjukkan kartun Nabi Muhammad dalam kelas semasa mengajar topik mengenai kebebasan bersuara.
n
Guru itu menjadi sasaran kempen kebencian dalam talian berhubung pemilihan bahan pengajaran. Gambar sama mencetuskan serangan berdarah di pejabat majalah satira Charlie Hebdo, penerbit asalnya pada Januari 2015.
Sementara itu Anwar menegaskan bahawa dunia Islam tidak lagi memerlukan syarahan lebih daripada sekadar bertoleransi dengan hinaan dan retorik Islamofobik daripada presiden Perancis itu.
“Selagi beliau mengekalkan kejahilannya terhadap keluasaan dan kecanggihan Islam sebagai satu sistem nilai dan cita-cita, kita juga akan gagal memajukan usaha berdepan prejudis fundamentalis yang menimpa kedua-dua pihak,” katanya lagi.
Sementara itu dipetik laporan Bernama, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia memboikot produk keluaran negara Perancis.
Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata ABIM melahirkan rasa kekecewaan atas kenyataan Macron “yang telah membuat dakwaan berunsur Islamofobia dengan berselindung di bawah kebebasan bersuara”.
“ABIM sebagai sebuah pertubuhan yang mempromosikan keharmonian beragama, mengecam pembunuhan kejam ke atas Samuel Paty dan dalam pada masa yang sama, mengkritik sekeras-kerasnya kenyataan yang dibuat oleh Presiden Perancis tersebut.
“Sesungguhnya, ABIM percaya bahawa sensitiviti keagamaan seharusnya dihormati di mana kepelbagaian agama seharusnya membawa kepada keharmonian dan perpaduan dan bukannya menimbulkan konflik sesama manusia,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam satu kenyataan, Anwar menegaskan kenyataan Macron bahawa Islam sedang menghadapi krisis di seluruh dunia telah menyinggung perasan umat Islam dan kenyataan itu tidak masuk akal.
“Dengan mengembangkan diagnosis yang munasabah terhadap kelompok pinggiran radikal untuk membabitkan bukan sahaja komuniti umat Islam di seluruh dunia tetapi juga sifat Islam adalah jijik dan jahil,” katanya dipetik kenyataan.
Minggu lalu, Macron membuat kenyataan tersebut sebagai respons kepada pembunuhan seorang guru, Samuel Paty, di luar sekolahnya yang terletak di pinggir bandar Paris awal bulan ini.
Paty sebelumnya menunjukkan kartun Nabi Muhammad dalam kelas semasa mengajar topik mengenai kebebasan bersuara.
n
Guru itu menjadi sasaran kempen kebencian dalam talian berhubung pemilihan bahan pengajaran. Gambar sama mencetuskan serangan berdarah di pejabat majalah satira Charlie Hebdo, penerbit asalnya pada Januari 2015.
Sementara itu Anwar menegaskan bahawa dunia Islam tidak lagi memerlukan syarahan lebih daripada sekadar bertoleransi dengan hinaan dan retorik Islamofobik daripada presiden Perancis itu.
Anwar kecam Macron |

0 Comments