RAJA-RAJA MELAYU menekankan peri pentingnya mekanisme semak dan imbang serta peranan Agong dalam sistem pentadbiran negara ini.
Dalam satu kenyataan media, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata lapan Raja-raja itu yang mengadakan pertemuan dengan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi panduan bahawa perkara itu penting bagi menjamin keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa.
Syed Danial mengatakan dalam pertemuan di Istana Negara semalam, raja-raja telah menyampaikan pendapat mereka secara terbuka, terus terang dan saling menghormati untuk membantu Yang Di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan susulan permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengisytiharkan darurat.
Tindakan itu dilakukan Muhyiddin ditengah spekulasi Ahli Parlimen mungkin menolak Belanjawan 2021 yang akan menyebabkan peletakan jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya secara automatik selain dakwaan bahawa Ahli Parlimen Pagoh itu telah hilang sokongan. Pengkritik mengatakan ia adalah usaha Muhyiddin mempertahankan jawatannya.
Difahamkan, Lapan raja yang menghadiri perbincangan khas di Istana Negara pada Ahad ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra; Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Yang Dipertuan Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, tiada dalam senarai itu.
Sementara itu tambah Syed Danial, raja-raja mengucapkan terima kasih kepada Yang Di-Pertuan Agong kerana meminta perundingan mereka setelah mempertimbangkan kemungkinan kesan pengisytiharan darurat terhadap reputasi negara, kesejahteraan rakyat dan keyakinan pelabur.
“Dalam perjumpaan tersebut, Raja-raja mencambahkan pandangan dan menzahirkan pendapat secara terbuka dan berterus-terang dalam semangat saling menghormati agar dapat dijadikan panduan dan rujukan untuk membantu baginda membuat ketetapan.
“Raja-raja berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan dan peranan Seri Paduka Baginda untuk mengimbangkan pelbagai tuntutan demi menjamin keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa.
"Raja- raja turut menegaskan pentingnya prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen diterjemahkan melalui budaya pemerintahan yang pada setiap masa meluhurkan Perlembagaan Negara dan mendaulatkan undang-undang, dan mengutamakan kebajikan rakyat jelata," kata kenyataan itu lagi.
Untuk rekod, kenyataan itu hadir dengan perkataan "membatasi" merupakan satu-satunya perkataan yang diwarnakan merah dalam kenyataan itu. Perkataan lain berwarna hitam.
Dalam satu kenyataan media, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata lapan Raja-raja itu yang mengadakan pertemuan dengan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi panduan bahawa perkara itu penting bagi menjamin keadilan dan membatasi sebarang unsur penyalahgunaan kuasa.
Syed Danial mengatakan dalam pertemuan di Istana Negara semalam, raja-raja telah menyampaikan pendapat mereka secara terbuka, terus terang dan saling menghormati untuk membantu Yang Di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan susulan permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagi mengisytiharkan darurat.
Tindakan itu dilakukan Muhyiddin ditengah spekulasi Ahli Parlimen mungkin menolak Belanjawan 2021 yang akan menyebabkan peletakan jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan Kabinetnya secara automatik selain dakwaan bahawa Ahli Parlimen Pagoh itu telah hilang sokongan. Pengkritik mengatakan ia adalah usaha Muhyiddin mempertahankan jawatannya.
Difahamkan, Lapan raja yang menghadiri perbincangan khas di Istana Negara pada Ahad ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra; Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Yang Dipertuan Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, tiada dalam senarai itu.
Sementara itu tambah Syed Danial, raja-raja mengucapkan terima kasih kepada Yang Di-Pertuan Agong kerana meminta perundingan mereka setelah mempertimbangkan kemungkinan kesan pengisytiharan darurat terhadap reputasi negara, kesejahteraan rakyat dan keyakinan pelabur.
Raja-raja hargai pertimbangan Agong |

0 Comments