SEORANG bekas menteri era Barisan Nasional menempelak Muhyiddin Yassin susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu menolak permohonan Perdana Menteri itu untuk melaksanakan darurat.
Melalui muat naik di laman facebooknya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengalami kekalahan moral manakala Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai lebih bijaksana.
Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu turut mempersoal masa depan pentadbiran negara setelah 'nasihat' Muhyiddin itu ditolak Seri Paduka Baginda.
“Apa nak jadi kepada negara kita apabila kerajaan dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang ‘nasihat’nya kepada Ketua Negara ditolak.
“Walaupun ditemani oleh menteri-menteri kanan, IGP dan Ketua Angkatan Tentera, masih Ketua Negara tidak dapat diyakini,” kata Shahrir.
Kenyataan itu menyusul titah Seri Paduka Baginda yang menolak permohonan disampaikan Muhyiddin semalam.
Al-Sultan Abdullah dalam titahnya yang dikeluarkan Istana Negara berkata, bahawa setelah baginda memperhalusi permohonan disampaikan Muhyiddin ketika mengada di Istana Abdul Aziz, Kuantan, Pahang pada Jumaat lalu mendapati tiada keperluan untuk 'darurat' diisyhtiharkan.
Sebahagian pihak melihat tindakan Muhyiddin itu bertujuan menyelamatkan 'karier politiknya'.
Untuk rekod, Shahrir sebelum ini mengingatkan pentadbiran Muhyiddin bahawa pada asasnya langkah yang perlu diambil oleh kerajaan mestinya paling bijaksana berlandaskan perlembagaan serta undang-undang.
Shahrir anggap keputusan Agong bijaksana |
Perundingan itu tegasnya termasuklah mencapai persetujuan melaksanakan gencatan politik dan meluluskan belanjawan serta mengatasi kesan negatif Covid-19.
0 Comments