MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor akan bermesyuarat hari ini bagi menentukan parameter kawasan di Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat itu yang bakal diadakan dengan melibatkan semua agensi, jabatan dan badan berkaitan akan memperhalusi dan melengkapkan prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang bakal dilaksanakan.
"Sebarang penyebaran mengenai SOP bagi daerah Klang ketika ini masih belum muktamad sehingga diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan MKN esok (hari ini).
"Perkara berbangkit yang lain juga akan turut dimuktamadkan," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran dalam akaun Facebooknya menyatakan bahawa kerajaan negeri mengambil maklum mengenai pelaksanaan PKPB di Klang dan pengumuman lanjut akan dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat MKN berkenaan.
Daerah Klang antara kawasan dikenakan PKPB selain Sandakan, Papar, dan Tuaran di Sabah bermula Jumaat ini susulan peningkatan kes pandemik Covid-19.
Pelaksanaan tersebut diambil bagi membendung penularan pandemik Covid-19 di daerah berkenaan selain membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.
Pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat itu yang bakal diadakan dengan melibatkan semua agensi, jabatan dan badan berkaitan akan memperhalusi dan melengkapkan prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang bakal dilaksanakan.
"Sebarang penyebaran mengenai SOP bagi daerah Klang ketika ini masih belum muktamad sehingga diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan MKN esok (hari ini).
"Perkara berbangkit yang lain juga akan turut dimuktamadkan," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran dalam akaun Facebooknya menyatakan bahawa kerajaan negeri mengambil maklum mengenai pelaksanaan PKPB di Klang dan pengumuman lanjut akan dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat MKN berkenaan.
MKN Selangor akan bermsyuarat |

0 Comments